BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaslinda Saludin - Pendaki hilang di Gunung Batu Putih, operasi SAR diteruskan

Pendaki! Tolonglah jangan susahkan Bomba​

Banyak kes kehilangan pendaki gunung dan bukit yang dikaitkan dengan individu tidak fit untuk mendaki. Gejala FOMO serta kegagalan mematuhi SOP sehingga menyebabkan kesusahan dan kerugian sumber awam terutama pihak berkuasa seperti Bomba, APM dan Polis untuk menggerakkan SAR.

 

[CLIP] MHI (17 Jun 2026): Sesat Dalam Hutan | Tonton​

Topik: Sesat Dalam Hutan
Kes individu yang sesat ketika melakukan aktiviti di kawasan hutan bukanlah sesuatu yang asing dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Pengetahuan mengenai teknik ikhtiar hidup, persediaan yang rapi serta pemahaman tentang langkah keselamatan asas amat penting bagi membantu individu menghadapi situasi kecemasan dan meningkatkan peluang untuk terus selamat sehingga bantuan tiba.

 

Wartawan Redah Laluan Sukar Kongsi Realiti Kehidupan Masyarakat​

415f0ed2c3a179351c8f1dd0159830f86a34a6b01c51e

Wartawan New Straits Times, T N Alagesh (dua, kanan) dan Kosmo! Abdul Rashid Abdul Rahman (kiri) ketika membuat liputan di SK Lenjang, Lipis pada 2017. Kredit: Alagesh

Di sebalik kejayaan menjejaki dan menyelamatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang selama 15 hari di Gunung Batu Putih, terselit sebuah kisah lain yang jarang disedari ramai, iaitu perjalanan sukar untuk membawa berita itu keluar dari sebuah perkampungan Orang Asli yang terpencil di pedalaman Perak.

Penemuan Jaslinda yang selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah oleh penduduk Orang Asli bukan sahaja meredakan kebimbangan ramai, tetapi turut menarik perhatian kepada  sebuah komuniti di pedalaman, selain cabaran petugas media mendapatkan perkembangan sebenar dari lokasi kejadian.

Perjalanan ke Pos Musoh bukanlah sesuatu yang mudah, apabila laluan balak dengan perjalanan lebih dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD), merupakan satu-satunya akses utama melalui jalan berbatu, berlumpur dan terasing jauh daripada kemudahan asas.

Bagi petugas media, usaha mendapatkan laporan dari kawasan itu bukan sekadar tugasan harian, sebaliknya satu ujian ketahanan fizikal dan komitmen terhadap tanggungjawab menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Namun kesukaran itu, turut membuka  realiti kehidupan komuniti Orang Asli di pedalaman yang masih bergelut dengan isu infrastruktur asas termasuk keadaan jambatan kayu yang uzur di kawasan kejadian.

Hakikatnya, kisah Jaslinda hanyalah satu daripada banyak cerita yang wujud di kawasan pedalaman yang sukar dijejaki media, walaupun sarat dengan nilai kemanusiaan, budaya dan cabaran hidup komuniti Orang Asli.

Mengambil contoh di Pahang, yang mempunyai populasi masyarakat Orang Asli terbesar di Semenanjung dengan hampir 85,000 orang pada 2024, sebahagian besar komuniti masih menetap di kawasan pedalaman dan pinggir hutan, sekali gus menjadikan usaha mendapatkan maklumat di lapangan semakin mencabar.

Bagi wartawan New Straits Times (NST) Pahang T N Alagesh, 46, pengalaman membuat liputan di kawasan pedalaman sejak 2007 bukan sekadar tugasan, tetapi perjalanan yang mengubah perspektif terhadap kehidupan masyarakat Orang Asli.

 

Gen Sinar Pagi: Kak Jas Cerita Pengalamannya Hilang Selama 2 Minggu​

Saya menghayati temubual ini. Saya menangis. Tersentuh jauh ke dalam sanubari. Kak Jas, anda memang insan terpilih. Saya faham situasi kak. Well done team Sinar. Temubual yang sangat best, penuh interaksi. Saya faham komitmen anda semua. Terima kasih membawakan kami temubual ini...

 

14 HARI HILANG DALAM HUTAN, KAK JAS DEDAH APA SEBENARNYA YANG TERJADI​

Kisah ini bukan bermula dengan niat mahu mencari perhatian, bukan juga kisah orang yang sengaja mahu menyusahkan pasukan penyelamat, keluarga atau sesiapa. Kak Jas sendiri berkali-kali menegaskan dia tidak pernah minta untuk sesat, tidak pernah minta namanya viral, dan tidak pernah terfikir pengalaman mendaki yang pada awalnya dianggap biasa akan bertukar menjadi ujian hidup mati. Masa hadir dalam temu bual itu, keadaan badannya masih belum pulih sepenuhnya.

 

Eksklusif! EPS 33 : 14 Hari Sesat Dalam Hutan Kak Jas Akhirnya Buka Cerita | SembangOhhYeahh​

Episod kali ini adalah episod paling eksklusif yang pernah hadir di Sembang Ohh Yeahh. Iskandar Rahman menjemput salah satu nama yang mengguncang seluruh Malaysia baru-baru ini — Kak Jaslinda Saludin atau lebih mesra dipanggil Kak Jas, seorang wanita berusia 49 tahun yang aktif dalam aktiviti pendakian sejak tahun 2007.

Pada 23 Mei 2026, beliau bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung memulakan ekspedisi Trans Spencer Chapman yang melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan sepatutnya berakhir di Kuala Woh.

Tapi pada hari kedua ekspedisi, Kak Jas tersesat sebatang kara di dalam hutan tebal Perak — dan apa yang berlaku selama 14 hari berikutnya adalah kisah survival yang akan ubah pandangan korang tentang kuasa Allah dan kekuatan manusia.

Dalam episod ini, Kak Jas bongkar setiap detik paling getir yang dia lalui di dalam hutan — daripada saat dia jatuh ke gaung sedalam 7 meter sehingga kepalanya terhentam batu dan daging belah kiri kepala tergantung 6 inci, buku lali kiri patah sehingga dia terpaksa adjust sendiri, hingga ke detik dia terpaksa minum air kencingnya sendiri untuk bertahan hidup.

Dia turut berkongsi bagaimana dia jumpa bungkusan perencah Maggi terbuang di laluan hutan, makan pucuk paku resam dan kutu babi, mendengar bunyi mendesis ular ketika sedang tidur dan kesan cakaran harimau di pokok-pokok hutan.

Lebih mendalam, beliau dedahkan momen-momen jujur dia menangis berdoa kepada Allah — "Tuhanku ajar aku kat sini, kau tunggu hari Jumaat ke nak ambil nyawa aku" — hingga ke detik dia akhirnya ditemui oleh penduduk Orang Asli Lubuk Gaharu pada 6 Jun 2026 dalam keadaan lemah dan keletihan. Sebuah testimoni hidup tentang kekuatan iman, kuasa Allah, dan kerendahan diri manusia di hadapan ujian-Nya. Wallahualam.

 

Kes Fitnah Tok Batin, Jaslinda: Polis Tunggu Laporan Forensik Telefon Bimbit Suspek​

86ec653ccbff2b1d3055a5455112a5336a4b5187e7df4

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin bercakap pada sidang media berkaitan kejayaan tangkapan dan rampasan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Perak.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis masih menunggu laporan forensik telefon bimbit suspek bagi melengkapkan kertas siasatan kes penyebaran kandungan berunsur fitnah dikaitkan dengan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu Mohd Asmadi Abdullah susulan penemuan pendaki Jaslinda Saludin.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan kes itu telah selesai dan polis kini hanya menunggu laporan forensik berkenaan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Selepas laporan itu diperoleh, barulah kami akan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak TPR untuk keputusan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia lingkungan 30-an yang direman selama empat hari sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kes fitnah itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki itu sebelum ini tular menerusi satu siaran langsung apabila mendakwa Mohd Asmadi “menyimpan” Jaslinda selama dua minggu dan akan berkahwin dengan pendaki wanita itu jika perkara terbabit tidak tular.

Sebelum itu, suspek dilaporkan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui rakaman video susulan kontroversi membabitkan hantaran berkenaan.

Dakwaan itu juga telah mendorong kira-kira 50 Tok Batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari Batang Padang, Muallim dan Kinta membuat laporan polis bagi membantah fitnah yang tular terhadap Mohd Asmadi.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Alwi berkata polis telah mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap dua anggota polis di Kampung Sungai Jernih, Ijok, Selama pada 23 Jun lepas.

“Polis sedang berusaha giat mengesan dan percaya suspek masih berada di kawasan tempatan.

 

Sukarelawan Orang Asli Terlibat Sar Jaslinda Terima Sijil Penghargaan JBPM Perak​

c46cb1033821f846a95128db9d73e82f6a4f67ce0ea36

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan Ops SAR Gunung Batu Putih (SAR Jeslinda) kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Ampang Woh Bah Lilit A/L Bah Batas (dua kanan) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tok Batin Kampung Orang Asli Ampang Woh, Bah Lilit Bah Batas yang menyertai sukarelawan menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih pada Mei lepas, menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini.

Bah Lilit, 52, menerima sijil penghargaan itu daripada Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Julai 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM di Meru Raya hari ini.

Selain Bah Lilit, turut menerima sijil penghargaan daripada JBPM Perak ialah Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Masyarakat Orang Asli Chew Ho Beng dan Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) Muzafar Mohamad serta beberapa lagi individu dan agensi yang terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda.

Pada 6 Jun lepas, Jaslinda, 49, ditemukan selamat oleh penduduk Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu selepas hilang selama 14 hari sejak 24 Mei ketika mendaki Gunung Batu Putih.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh pada 2 pagi, 23 Mei, sebelum hilang.

Terdahulu, Sayani dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, tenaga dan masa sepanjang operasi SAR Jaslinda dilaksanakan.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat di kawasan hutan serta pergunungan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi, kekuatan mental, kemahiran navigasi, penggunaan teknologi, koordinasi antara agensi serta kesabaran yang luar biasa.

"Apa yang lebih penting ialah semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang operasi tersebut. Tiada satu agensi pun yang mampu melaksanakan sesuatu operasi bersendirian.

"Kejayaan sesuatu misi bergantung kepada kepercayaan, kerjasama dan kesediaan semua pihak untuk bergerak sebagai satu pasukan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register