BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Pendaki Dikhuatiri Hilang Di Lojing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Enam Pendaki Dikhuatiri Hilang Di Lojing​

7da873967dd6edc715144c756194034969f442f92c777

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo

Enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung dikhuatiri hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang, 29 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan di Selangor hari ini selepas mereka gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan pada 3 Sept.

Beliau berkata hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.

“Pada masa ini kita sedang berurusan dengan pihak Perak untuk mendapatkan pengesahan kerana berdasarkan hubungan terakhir, mereka sudah berada di kawasan hutan Perak dan bukan lagi di kawasan Kelantan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sik berkata kumpulan berkenaan mempunyai permit memasuki kawasan hutan dan menggunakan khidmat dua malim gunung.

Beliau berkata kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak.

“Buat masa ini kita belum menjalankan operasi di sebelah Kelantan kerana semakan menunjukkan mereka telah melepasi sempadan negeri. Kita hanya bersiap sedia sekiranya terdapat perkembangan atau pengesahan bahawa mereka berada di kawasan Kelantan,” katanya.

Sik berkata polis turut menyemak maklumat berkaitan kenderaan yang digunakan kumpulan itu, termasuk kemungkinan mereka menggunakan kenderaan sewa atau pengangkutan disediakan malim gunung.

 

"Isyarat asap jadi petunjuk" | MISTERI 6 PENDAKI HILANG TERUNGKAI DI GUNUNG TRANS GERAH​

Syukur alhamdulillah akhirnya mereka selamat. Mungkin akan datang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Tidak semua trek pergunungan itu sesuai untuk semua orang.

Berfikirlah sebelum bertindak, kerana kita risau kalau terjadi sesuatu, mungkin akan memberi kesan kepada diri sendiri. Sekian terima kasih..

 
Back
Top
Log in Register