BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat beranak antara enam dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14309918999426341-423230.jpg

14309918999426341-423231.jpg

14309918999426341-423232.jpg

14309918999426341-423233.jpg


GUA MUSANG: Empat beranak antara enam dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah di Hutan Simpan Kekal Lojing, di sini, beberapa hari lalu.

Difahamkan selain suami isteri dan dua anak mereka, dua yang dilapor hilang membabitkan malim gunung.

Menurut sumber, kumpulan itu memulakan pendakian 29 Ogos lalu dan dijangka turun Khamis di Pos Kemar, Perak.

Bagaimanapun sehingga kini mereka gagal dihubungi, dengan satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkenaan kejadian itu.

"Difahamkan kali terakhir ahli keluarga dapat menghubungi salah seorang pendaki itu pagi 1 September lalu dan dimaklumkan mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.

"Namun selepas itu mereka gagal dihubungi sehinggalah laporan polis dibuat kerana bimbangkan keselamatan mereka," katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan kehilangan itu dan kini berhubung dengan agensi seperti Jabatan Hutan.

"Kemungkinan besar kumpulan ini sudah melepasi sempadan Kelantan menuju ke Pos Kemar," katanya.
 
Back
Top
Log in Register