BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Wanita Sesat Ketika Mendaki Bukit Tunggul Ditemukan Selamat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Empat Wanita Sesat Ketika Mendaki Bukit Tunggul Ditemukan Selamat​

ae8bd4a817aa90081542f9ad67a80cdd6a2e4cf87ac1d

Foto JBPM

Empat wanita yang tersesat ketika aktiviti mendaki di Bukit Tunggul, Jenderam Hilir di Dengkil, Selangor hari ini ditemukan selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa pada 10.13 pagi tadi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Komander operasi melaporkan selepas tiba di lokasi, mangsa berjaya dihubungi semula dan operasi pencarian segera dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata semua mangsa berusia 25 tahun hingga 40-an yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya dibawa keluar sebelum operasi ditamatkan pada 11.30 pagi.

 
Back
Top
Log in Register