BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beradik Sesat Di Bukit Putus Lama Ditemukan Selamat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

Dua Beradik Sesat Di Bukit Putus Lama Ditemukan Selamat​

1fc01f8005369eeb6c245919124430da6a93b895ba39f

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ampangan

Dua beradik lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti di kawasan Bukit Putus Lama, berhampiran Kampung Jkin Extreme Park, Jalan Bukit Putus Lama Kuala Pilah di sini semalam, ditemukan selamat tengah malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ali Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 55 dan 60 tahun itu menghubungi talian MERS 999 pada 5.30 petang memaklumkan mereka sesat di kawasan tersebut.

Beliau berkata sepasukan anggota Balai Polis Paroi bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ampangan tiba di lokasi pada 6.17 petang bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa.

“Seorang mangsa dapat dihubungi dan memaklumkan berada di pos pemeriksaan 6 trek Rigger Hills dan berkongsi lokasi melalui WhatsApp sebelum pasukan Carilamat terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seorang penunjuk arah Jkin masuk ke hutan mencari mereka,” katanya.

Beliau berkata pasukan Carilamat kedua yang terdiri daripada anggota Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM bersama-sama seorang lagi penunjuk arah Jkin digerakkan bagi membantu operasi pada 10.50 malam.

“Pada 12.32 tengah malam pasukan SAR itu menemukan mangsa dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan,” katanya.

Alzafny berkata operasi melibatkan kekuatan keseluruhan 34 anggota pelbagai pasukan dan orang awam.

 
Back
Top
Log in Register