BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Sekeluarga Sesat Ketika Mendaki Di Berapit Ditemukan Selamat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146
61b69792f1438c211cf0e1dbb27d469068aa7ca8d226a

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang

Empat sekeluarga melalui detik cemas selepas sesat lebih tiga jam ketika mendaki di Berapit Hill Trail, di sini sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 8.08 malam memaklumkan sepasang suami isteri dan dua anaknya, sesat di kawasan hutan tersebut.

“Mereka dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan itu dan difahamkan keluarga tersebut telah mendaki bermula 6 petang, sebelum gagal menemui laluan untuk turun semula ke kaki bukit serta bertindak menghubungi pihak berkuasa.

“Kesemua mereka telah ditemukan dalam keadaan selamat pada 10.09 malam oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, sebelum seterusnya dibawa turun ke kaki bukit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bukit Mertajam tamat sepenuhnya pada 10.58 malam.

 
Back
Top
Log in Register