BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laluan Tertutup Di Gunung Beratoh, Gunung Sepat Punca Enam Pendaki Lewat - Bomba

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Laluan Tertutup Di Gunung Beratoh, Gunung Sepat Punca Enam Pendaki Lewat - Bomba​

3852a6e1f3204130ead073923430d0326a9f86ae45de3

Enam individu termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, selamat tiba di Jeti Trojan, Tasik Temenggor, Gerik hari ini selepas dibawa keluar dari kawasan berkenaan.

Faktor laluan mendaki yang telah tertutup dan berhalangan akibat lama tidak dilalui oleh pendaki menjadi punca kelewatan enam pendaki yang ditemui selamat malam tadi selepas menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan pada 29 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pendaki mendapati laluan trek di Gunung Beratoh dan Gunung Sepat telah tertutup akibat faktor tersebut.

"Apabila mereka sampai ke Gunung Beratoh dan Gunung Sepat, didapati trek untuk ke kedua-dua gunung itu telah tertutup kerana telah lama tidak dilalui oleh pendaki.

“Atas faktor kesukaran seperti pokok tumbang, menyebabkan mereka mengambil masa (untuk keluar)," katanya ketika ditemui di Jeti Trojan, Tasik Banding di sini hari ini.

Sayani berkata kawasan pendakian yang tiada liputan komunikasi turut menyumbang kepada masalah terputus hubungan, sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga mangsa sebelum laporan polis dibuat.

Beliau berkata mangsa berjaya naik ke Bukit Bongok dan menemui isyarat talian untuk menghubungi keluarga, sekali gus lokasi tepat mereka berjaya dikesan dan ditemui dalam keadaan selamat.

Terdahulu enam pendaki terbabit telah selamat keluar dari Pos Kemar pada 10.20 pagi tadi, melalui Jeti Trojan.

Enam mangsa terbabit Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah dikesan selamat malam tadi sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar.

Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos, selepas dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 Sept dan ahli keluarga membuat laporan polis pada Ahad.

 
Back
Top
Log in Register