BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Abaikan Pesanan dan Amaran dari Puak Orang Asli (Kisah kanibalisme - The Colorado Cannibal)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1751072079575.png

Alfred Griner Packer (21 Januari 1842 – 23 April 1907), yang juga dikenali sebagai "Kanibal Colorado", ialah seorang pencari gali (prospektor) Amerika dan pemandu hutan liar yang mengaku melakukan kanibalisme semasa musim sejuk tahun 1874.




JANGAN AMBIL MUDAH PESANAN DAN AMARAN ORANG ASLI




Bahagian 1 – Prolog: Penemuan oleh John Randolph di Hutan Colorado



Pada satu hari musim panas, seorang lelaki bernama John Randolph sedang mendaki di sebuah hutan terpencil di Colorado.

Tiba-tiba, dia terhidu bau yang sangat busuk. Disebabkan rasa ingin tahu, dia pun ikut bau tu — dan akhirnya, bau tu membawa dia ke satu kawasan lapang dalam hutan.

Di kawasan tu, John nampak sesuatu yang menyerupai tapak perkhemahan lama. Tapi John tahu, dia berada di tengah-tengah kawasan yang sangat sunyi, jauh dari mana-mana tamadun.

Jadi, idea bahawa ada orang berkhemah di tempat sesunyi ini, dan siap dengan tanda-tanda tempat tinggal jangka panjang, memang terasa sangat pelik dan mencurigakan bagi John.

Dia pun masuk ke dalam kawasan lapang tu untuk tengok lebih dekat. Bila dia pusing ke satu sudut dan tengok bahagian tengah kawasan perkhemahan tu…

Apa yang dia nampak — pada awalnya otak dia langsung tak boleh proses.
Ia terlalu mengerikan. Terlalu luar biasa.
Malah, John rasa benda tu macam palsu. Tapi, semakin dia tengok…
Barulah dia sedar — apa yang dia lihat tu memang betul-betul nyata.

Masa tu juga, John terus pusing dan lari sekuat hati keluar dari kawasan tu.
Dia menjerit mintak tolong sambil cuba cari jalan keluar dari hutan.




Bahagian 2 – Malam Sejuk & Cadangan Bahaya



Pada malam yang sangat sejuk, 8 Februari 1874, seorang lelaki berusia 65 tahun bernama Israel Swan sedang duduk di tepi unggun api bersama sekumpulan lelaki lain.

Mereka berada di sebuah lembah terpencil di barat Colorado.
Lelaki-lelaki yang berkumpul di sekeliling api itu, termasuk Israel, semuanya adalah penggali emas — orang yang merantau ke seluruh Amerika Syarikat bahagian barat untuk mencari emas.

Tapi beberapa minggu kebelakangan ni, kumpulan tu terperangkap dalam lembah tu disebabkan ribut salji musim sejuk yang teruk. Setiap kali ribut datang, ia akan turunkan salji setebal enam kaki — cukup untuk lumpuhkan sebarang perjalanan keluar.

Tapi pada malam tertentu tu, waktu Israel tengah duduk menghadap api, layan nyalaan unggun dan dengar orang bercerita, salah seorang kawan dia, juga penggali emas — Alfred Packer — tiba-tiba bangun.

Dia mula bagi cadangan kat semua orang, dengan nada serius tapi yakin:
“Kita kena tinggalkan lembah ni sekarang juga.”

Alfred cakap cuaca dah mula berubah.
Tak seteruk dulu.
Salji pun nampak macam mula mencair.




Bahagian 3 – Cadangan Alfred dan Rasa Tak Senang



Alfred berdiri dan cakap dengan yakin, “Aku tahu satu jalan keluar dari sini. Kita boleh keluar dari lembah ni dalam masa dua minggu je, dan jalan tu akan bawa kita terus ke Breen Ridge, Colorado.”

Tempat tu memang terkenal di kalangan penggali emas. Orang kata situ memang banyak gila emas.

Jadi cadangan Alfred ni bunyinya macam win-win situation — bukan saja boleh keluar dari tempat terperangkap ni, malah berpeluang jadi kaya-raya.

Lepas Alfred habis bagi cadangan, dia pun duduk semula. Semua orang senyap seketika.

Israel tengok sekeliling, tunggu kalau-kalau ada sesiapa yang akan sambut cadangan Alfred tu.
Dia tahu — tak macam dia, kebanyakan penggali emas lain tak suka Alfred.

Ada yang kata Alfred ni malas dan menyusahkan.

Tapi bagi Israel, itu bukan sebab sebenar kenapa orang tak suka Alfred.

Dia percaya orang lain tak suka Alfred sebab Alfred ada epilepsi — penyakit yang boleh buat dia kena sawan secara tiba-tiba.

Dalam perjalanan macam ni, setiap orang kena main peranan, kena boleh diharap.

Tapi kalau Alfred tiba-tiba diserang sawan, dia boleh jadi liabiliti — tak boleh buat kerja, dan mungkin membebankan kumpulan.




Bahagian 4 – Amaran Dari Ketua Puak Orang Asli



Bagi Israel, penyakit sawan Alfred bukan satu masalah besar.
Dia tak rasa Alfred ni beban atau liabiliti.
Sebaliknya, dia rasa Alfred sebenarnya bijak dan berani.

Bila Alfred bangun dan buat cadangan berani tu, Israel rasa, "Ya, ini memang perangai Alfred."
Seorang yang nak buat sesuatu, nak selesaikan masalah.
Dan Israel memang suka perangai tu.

Tapi… walaupun dia rapat dengan Alfred, itu tak bermakna dia akan ikut je membabi buta apa yang Alfred ajak. Dia masih timbang-timbang dalam kepala — nak ikut atau tidak?

Waktu Israel tengah kira untung rugi, mata dia tertangkap pada satu pandangan di seberang unggun api.

Ada seorang lelaki berbadan besar, duduk diam tapi nampak sangat serius.
Lelaki tu geleng kepala perlahan-lahan — macam nak kata,
“Tolonglah, jangan korang fikir nak ikut cakap si Alfred tu…”

Lepas tu, lelaki tu pun bangun.
Dia hulur tangan depan Alfred, macam bagi isyarat:

“Cukup. Jangan cakap lagi.”


Mata dia tak lepas dari tengok Alfred, dan dia cakap:
“Kalau kau pergi juga sekarang… semua kawan-kawan kau akan mati.”

Lepas tu dia duduk balik.
Dan suasana jadi senyap sunyi macam kubur. Semua orang pandang api. Tak berani buka mulut.

Lelaki besar tu sebenarnya bukan penggali emas. Dia berbeza dari semua yang ada kat situ. Nama dia Ure. Dia ialah ketua suku kaum Tabaat dari puak Ute, kaum asli yang memang tinggal di lembah tu.

Sebenarnya, Ketua Ure dah pernah selamatkan nyawa semua orang yang tengah duduk keliling unggun malam tu — termasuk Israel dan Alfred.

Beberapa minggu sebelum tu, kumpulan penggali emas ni tersesat dalam lembah, dan lembah tu ialah tanah tempat tinggal suku Ure dan kaum dia.

Ketika tu, ribut salji sedang mengganas. Mereka semua hampir mati kesejukan dan kelaparan. Ketua Ure dan kaumnya jumpa mereka dalam keadaan terhuyung-hayang, separuh nyawa.

Dan waktu tu lah… mereka beri makanan dan air untuk selamatkan para penggali emas tu.


1751072274800.png

Fakta ringkas Bangsa Ute: Satu suku kaum asli Amerika (Native American) yang mempunyai sejarah yang sangat panjang di kawasan Pergunungan Rocky.
Mereka dianggap sebagai penduduk paling lama yang terus menetap di negeri Colorado, dengan bukti menunjukkan bahawa mereka telah tinggal di situ sekurang-kurangnya 8,000 tahun, dan mungkin juga sehingga 20,000 tahun lamanya.

Bangsa Ute ini terdiri daripada beberapa kumpulan atau "band", termasuk:

  • Southern Ute (Ute Selatan)
  • Ute Mountain Ute (Ute Gunung)
  • Northern Ute (Ute Utara), yang merangkumi:
    • Whiteriver band
    • Uncompahgre band
    • Uintah band



Bahagian 6 – Permulaan Perjalanan dan Cerita Tentang Alfred



Lepas Ketua Ure habis bagi semua pesanan dan arahan penting, dia tandakan satu huruf "X" atas peta tanah — tunjukkan lokasi pos kawalan (outpost) yang mereka perlu cari.
Kemudian, Ketua Ure cuma diam, patah balik ke kudanya... dan menunggang pergi tanpa kata-kata lain.

Malam itu, Alfred, Israel dan lima orang penggali emas yang setuju nak keluar awal pun masuk tidur.
Keesokan paginya, mereka bangun awal dan mula berkemas untuk memulakan perjalanan.

Sebelum mereka bertolak, salah seorang penggali emas yang tak ikut serta, datang ke arah mereka dan tawarkan diri untuk bantu bawa bekalan dengan kudanya sejauh yang dia mampu.
Dia kata dia akan hantar mereka sejauh mungkin, kemudian letak semua barang dan balik semula ke khemah.

Mereka semua sangat berterima kasih.
Lepas sarapan, kumpulan itu pun bersiap dan mula bergerak ikut laluan yang dicadangkan.

Semasa mereka mula panjat keluar dari lembah, mereka dapat lihat dari jauh puncak-puncak tajam San Juan Mountains.
Tapi mereka berhati-hati untuk kekal di utara, ikut laluan sungai — seperti yang Ketua Ure pesan,
“Jangan panjat gunung. Kau takkan selamat.”

Israel berjalan dalam barisan lelaki, salji tebal bawah kaki.
Di tangan dia, dia pegang erat sebuah teko kopi logam, dalamnya berisi bara api panas — bukan saja untuk panaskan tangan, tapi juga boleh jadi sumber api kalau kehabisan mancis.
Itu satu trik lama yang dia pelajari.

Tengah dia jalan sambil peluk teko tu, tiba-tiba dia dengar langkah orang datang dari belakang.
Dia toleh — dan nampak Alfred.
Muka Alfred nampak sangat letih, jauh lebih teruk dari dia sendiri.
Tanpa fikir panjang, Israel hulurkan teko panas tu pada Alfred.

Alfred ambil, peluk teko tu — dan muka dia nampak sangat bersyukur.

Sebenarnya, walaupun semua penggali emas ni bukan orang kaya, tapi Alfred adalah yang paling susah antara mereka.
Sebab tu, Israel rasa bertanggungjawab dan nak lindungi Alfred.

Tambahan pula, Alfred ni hanya separuh umur Israel.
Alfred baru 30 tahun, sedangkan Israel dah jauh lebih tua. Dia tengok Alfred macam anak muda yang hilang arah, yang cuba mencari tempat dia dalam dunia.

Malah, Alfred pernah cerita pada Israel — masa Perang Saudara Amerika meletus, dia cuba masuk Tentera Union dua kali.
Dia memang semangat nak lawan Tentera Konfederasi yang menyokong perhambaan. Tapi, dua-dua kali dia ditolak sebab dia ada epilepsi.

Tapi Alfred ni degil. Dia tetap nak ada identiti sebagai tentera, jadi dia pergi buat tatu — nama dan batalion tentera yang dia cuba masuk, di lengan dia.

Sayangnya, Alfred tak pandai membaca dan menulis.
Jadi masa dia bagi nama kat tukang tatu… nama dia tersalah eja.

Sepatutnya "Alfred" — tapi tukang tatu tulis "Alferd".
Dan dari situ… nama tu lekat.

Orang dah tak panggil dia Alfred lagi.
Semuanya panggil dia Alferd.




Bahagian 7 – Talian Persahabatan dan Jalan yang Membeku



Bagi Alfred, tatu yang tersalah eja itu memang memalukan. Tapi itu cuma satu daripada banyak perkara yang dia hadapi.

Lepas ditolak oleh tentera kerana epilepsi, Alfred mula hidup berpindah-randah — satu kerja ke satu kerja lain, tak pernah ada tempat yang dia benar-benar lekat, tak pernah mulakan keluarga.

Sebab itulah Israel rasa simpati padanya. Dia tengok Alfred sebagai seseorang yang perlukan bantuan dan sokongan. Jadi, bila Alfred dengan gembira terima teko kopi hangat dari Israel, dia pula keluarkan sebotol flask berisi alkohol dari jaketnya, dan hulurkan pada Israel sebagai tanda terima kasih.

Dua sahabat itu pun berjalan beriringan, sambil berkongsi flask dan teko kopi, saling panaskan diri masing-masing di tengah-tengah cuaca yang semakin membeku.



Menjelang lewat petang hari itu, salji makin lebat.
Orang yang tolong mereka angkut barang dengan kuda akhirnya berhenti. Katanya, kudanya tak mampu teruskan kerana cuaca terlalu buruk. Jadi, dia letakkan semua barang dan patah balik ikut laluan yang sama.

Semasa para penggali emas melihat dia hilang di balik salji, mungkin semuanya sedang memujuk diri sendiri:

“Bertabah dan bertahan je dua minggu. Sampai ke Breen Ridge, kita akan jadi orang kaya.”




Bahagian 8 – Janji yang Tidak Ditepati



Dua minggu pun berlalu.
Tapi Alfred, Israel, dan empat penggali emas lain tidak muncul di pos yang telah Ketua Ure tunjukkan.
Pos kawalan yang sepatutnya jadi hentian pertama sebelum ke Breen Ridge.

Lepas dua minggu lagi, mereka masih tidak kelihatan. Bukan di pos kawalan, bukan di mana-mana kem sekitar kawasan itu. Mereka... lesap begitu sahaja.




Bahagian 9 – Kembalinya Seorang Lelaki



Rancangan besar Alfred untuk membawa kumpulan penggali emas keluar dari lembah sangat bergantung pada keadaan cuaca. Semasa mereka bertolak, cuaca memang nampak seperti semakin baik — salji kurang turun, langit lebih cerah.

Tapi tak lama kemudian, ribut musim sejuk kembali menggila. Salji turun tanpa henti, menimbus lembah dan laluan yang sepatutnya dilalui oleh mereka.

Masalahnya?
Satu-satunya orang yang tahu mereka telah berangkat hanyalah kumpulan mereka sendiri, ketua Ure, dan penggali emas lain yang masih tinggal di lembah.

Walaupun mereka yang tinggal tahu bahawa Alfred, Israel dan yang lain-lain mungkin sedang dalam kesusahan, mereka tidak boleh buat apa-apa. Tiada jalan keluar dari lembah itu pada musim sejuk, tiada komunikasi, tiada pertolongan yang boleh diberikan.

Dalam erti kata lain — Alfred dan yang lain hilang dalam kawasan yang sukar dicari, dan tiada siapa pun tahu.




Bahagian 10 – Munculnya Bayang



Namun semua itu berubah pada 16 April 1874, lebih kurang dua bulan selepas kumpulan itu memulakan perjalanan yang sepatutnya hanya ambil dua minggu.

Pagi itu, sekumpulan pegawai yang bertugas di pos kawalan — tempat yang sepatutnya menjadi hentian pertama Alfred dan rakan-rakannya — sedang bersarapan dalam sebuah kabin kayu kecil.

Sedang mereka berbual dan menikmati makanan, tiba-tiba pintu kabin terbuka luas dengan kasar.
Mereka berpaling — dan apa yang mereka lihat benar-benar mengejutkan.

Seorang lelaki berdiri di pintu.
Rambutnya panjang dan kusut, berjambang lebat, matanya liar dan resah, dalam satu tangan dia genggam senapang, dan di tangan satu lagi, teko kopi besi. Lelaki itu kelihatan dalam keadaan trauma dan kebingungan. Dia cuba bercakap, tapi tidak mampu.

Lelaki itu adalah Alfred.




Bahagian 11 – Lelaki yang Lapar, Dunia yang Sunyi



Tanpa berlengah, para pegawai menarik Alfred masuk, menutup pintu, memberi dia makanan dan air.
Alfred makan dengan gelojoh, terlalu lapar… hingga akhirnya dia termuntah.

Dia meminta maaf berulang kali, katanya dia telah kebuluran selama berminggu-minggu, dan mungkin sistem penghadamannya sudah rosak.

Namun, para pegawai tak peduli tentang muntahnya. Apa yang mereka kisahkan hanyalah menyelamatkan nyawanya. Mereka bantu Alfred membersihkan diri, beri dia pakaian hangat.
Bila dia minta wiski untuk ‘panaskan badan’, mereka turutkan saja.

Alfred mimum beberapa teguk. Dan akhirnya, dia kelihatan sedikit tenang.

Seorang pegawai pun bertanya:
"Alfred... apa yang telah berlaku kepada kamu?"




Bahagian 12 – Kebenaran yang Menjijikkan Mulai Terungkap



Sebaik saja Alfred ditanya, "Apa yang terjadi kepada kamu?", dia pejam mata dan mengeluh pedih.
Nampaknya, mengingati apa yang telah berlaku pun sudah cukup menyakitkan.

Namun selepas beberapa detik mendiamkan diri, dengan mata masih tertutup, Alfred mula bercerita.

Katanya, dia bersama lima orang lelaki lain — termasuk Israel — memulakan perjalanan merentas hutan untuk ke Breen Ridge, Colorado, demi mengejar emas dan harapan. Tapi badai salji yang teruk menyerang mereka hanya beberapa hari selepas mereka bertolak, menenggelamkan laluan yang mereka ikuti.
Akhirnya mereka buat keputusan yang akan menghantui sejarah selama-lamanya:

Mereka memotong terus dengan melalui pergunungan San Juan — walaupun Chief Uray telah melarang keras untuk tidak melakukannya.




Bahagian 13 – Dikhianati Dalam Salji



Laluan melalui gunung-gunung itu berbahaya dan mematikan.

Dan Alfred — yang mempunyai epilepsi — mula tertinggal jauh di belakang.

Satu keputusan kejam dibuat.

Menurut Alfred, kelima-lima lelaki itu meninggalkannya untuk mati di tengah badai.

Dia hanya mampu melihat dari jauh mereka hilang satu persatu dalam salji yang tebal,
ditelan dalam diam menghadapi ajal dalam beku berwarna putih.

Tapi entah bagaimana… Alfred tidak mati.




Bahagian 14 – Bertahan Dengan Api dan Kulit Kasut



Untuk hampir dua bulan, Alfred merayau di hutan bersalji tanpa hala tuju.

Dia makan akar dan bunga liar, tidur di celah-celah batu, dan yang paling penting — dia masih memiliki teko kopi berisi bara api. Itulah nyawanya — bara itu yang membolehkannya membakar kayu, berteduh dengan api, dan hidup satu malam lagi.

Pada satu tahap kelaparan yang ekstrem, Alfred membakar kasut kulitnya, dan memakannya.
Tak ada pilihan lain.

Dia berada di ambang maut ketika dia terserempak secara kebetulan dengan pos kawalan,
dan akhirnya diselamatkan.




Bahagian 15 – Tiada Siapa Lain Yang Sampai



Selepas dia habis menceritakan pengalamannya, para pegawai terdiam.
Apa yang mereka dengar adalah seperti kisah azab — tak masuk akal, tapi penuh trauma.

Alfred kemudian bertanya dengan penuh harap,
“Ada tak sesiapa dari kumpulan saya datang ke sini? Ada yang selamat?”

Jawapannya:
“Tak. Hanya kamu.”

Pegawai-pegawai itu tidak menghantar misi mencari dengan segera.
Kerana mereka tahu — kebarangkalian untuk yang lain masih hidup selepas dua bulan dalam salji adalah hampir mustahil.

Dan lebih malang lagi, hanya Alfred tahu ke mana mereka pergi, tapi dia terlalu lemah dan cedera untuk memimpin sebarang pencarian.




Bahagian 16 – Jawapan Yang Menunggu Di Bawah Salji



Beberapa minggu pun berlalu, Alfred hanya berehat dan pulih di pos kawalan.

Akhirnya, bila dia cukup sihat, dia bersetuju untuk memimpin satu kumpulan pencarian.
Namun tiada apa yang mereka temui.

Hutan itu telah menelan semuanya.

Sehinggalah tiba musim panas, apabila salji mula cair…

Barulah kebenaran ngeri tentang apa sebenarnya berlaku kepada lima lelaki lain, termasuk Israel,
akhirnya terbongkar.




Bahagian 17 – Misteri Disingkap di Tapak Kematian



Pada 20 Ogos 1874, seorang pelukis pengembara bernama John Randolph sedang mendaki hutan di barat Colorado — kawasan yang dipercayai pernah dilalui oleh Alfred, Israel, dan kumpulan mereka dalam cubaan keluar dari lembah berbulan lalu.

Semasa berjalan, John tiba-tiba tercium bau busuk yang teramat meloyakan.
Dengan rasa ingin tahu, dia mengikuti bau itu — yang membawanya ke sebuah kawasan lapang terpencil,
dan di situ kelihatan tapak perkhemahan lama yang berselerak dan musnah.




Bahagian 18 – Lima Mayat dan Satu Kebenaran Hitam



John melangkah masuk, dan apabila dia berpusing untuk melihat kawasan tengah tapak,
dia terkaku.

Di hadapannya, terbaring lima mayat lelaki — tersusun kemas dalam satu barisan.
Mereka adalah punca bau busuk yang menyengat tadi.

Walaupun terkejut, John serta-merta sedar: Mereka tidak mati secara semula jadi.

Salah seorang tiada kepala langsung, dan empat yang lain menunjukkan tanda-tanda kepala dihentak berulang kali dengan objek berat.

Tetapi itu tidak menunjukkan semuanya.




Bahagian 19 – Bedah yang Rapi, Daging yang Dimasak



John perasan bahawa keadaan reput mayat itu berbeza-beza:


  • Dua daripadanya sudah tinggal tulang dan serpihan rangka,
  • Tiga lagi masih kelihatan segar,
    malah salah seorang seperti masih hidup dan tidur, walaupun dengan dada terbelah dan kepala pecah.
Lebih mengerikan, luka-luka pada tubuh mereka kelihatan seperti hasil potongan pembedahan — bukan sembarangan hentakan. Kemas. Tepat. Seperti tukang sembelih profesional.



Bahagian 20 – Jejak ke Neraka



John kemudian terlihat sesuatu tak jauh dari mayat-mayat itu, iaitu tapak unggun api yang sudah terbakar dan sebatang laluan kecil yang menuju masuk ke hutan.

Dengan jantung berdegup kencang, dia ikut jejak itu, dan tak lama kemudian, dia jumpa sebuah pondok kayu usang yang jelas pernah didiami seseorang, yang mungkin selama berminggu atau berbulan.

Dan ketika itulah — segala kepingan teka-teki mula bercantum dalam fikiran John.




Bahagian 21 – Kesimpulan yang Tak Tertelan



Lima lelaki itu... tidak hanya mati. Mereka dibunuh.

Dan si pembunuh tersebut kemungkinan besar tinggal di pondok itu, dan secara beransur-ansur membunuh mereka satu persatu, memotong tubuh mereka dengan kemahiran yang menakutkan,
memasaknya di unggun api, dan... memakannya.

John tergamam. Tak tahu kalau pembunuh itu akan datang balik bila-bila masa.

Dalam keadaan panik, dia keluarkan buku lakaran, lukis kawasan itu secepat mungkin, dan kemudian lari sekuat hati untuk laporkan kepada pihak berkuasa.




FINAL CHAPTER – Alfred Packer: Kebenaran Yang Ditelan Salji dan Daging



Jangkaan John Randolph tentang tempat yang dia jumpai?
Tepat 100%.

Selepas Alfred “ditinggalkan untuk mati”, kelima-lima rakannya meneruskan pendakian ke pergunungan.
Namun, seseorang telah menyerang mereka dengan membunuh mereka satu persatu… dan memakan mereka. Dan orang itu… ialah Alfred sendiri.

Alfred bertahan bukan semata-mata kerana dia tahu cara hidup dalam hutan, tetapi kerana dia menjadikan manusia sebagai makanannya.

Tiada siapa tahu secara tepat bagaimana atau bila dia membunuh lima lelaki itu, tetapi hasil siasatan menunjukkan:


  • Empat daripada mereka dibunuh ketika tidur.
  • Tetapi Israel, lelaki yang paling rapat dengan Alfred, yang pernah beri dia periuk kopi berisi bara api, yang melihatnya seperti anak sendiri — berlawan dan bergelut habis-habisan sebelum dibunuh.


Kisah Yang Tak Pernah Konsisten



Alfred menafikan membunuh kelima-lima mangsa.
Katanya, dia hanya membunuh satu orang dalam “pertahanan diri”, dan selebihnya dibunuh oleh “seseorang yang tidak dikenali.”

Tetapi satu perkara yang tidak pernah dia nafikan… ialah kanibalisme. Malah, Alfred secara terbuka mengaku: “Saya mula sukakan rasa daging manusia.”

Dan yang paling mengerikan?
Apabila penyiasat menjumpai bangkai rusa di sebelah khemah Alfred, mereka dapati bangkai itu tidak terusik langsung. Dia tidak makan daging rusa yang tersedia di situ, sebaliknya kembali ke stok daging manusia... dan makan sahabat-sahabatnya sendiri.




Pengakhiran Alfred Packer



Alfred akhirnya dihukum penjara 40 tahun atas tuduhan membunuh.

Tetapi pada tahun 1901, ketika berusia 92 tahun, dia diberi parol.

Dan yang peliknya, Alfred terus menjadi seorang vegetarian. Beberapa tahun kemudian, dia meninggal dunia.

Kisahnya kekal sebagai antara kes kanibalisme paling kejam dalam sejarah Amerika.




Penutup:



Dari seorang yang pernah ditolak oleh tentera kerana epilepsi,
kepada pengembara yang kelaparan di puncak gunung,
dan akhirnya menjadi kanibal yang membunuh kawan sendiri untuk terus hidup.

Alfred Packer —
nama yang tertulis dalam sejarah, bukan sebagai pelombong emas,
tetapi sebagai simbol kegilaan dan kelaparan manusia... yang melampaui batas.






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.

Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.

Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register