BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu Doppelgänger, Qarin dan Perkongsian Kisah-kisah Benar Orang-orang yang Pernah Alami Gangguan

lempeng

Fun Poster
Messages
378
Joined
Dec 16, 2005
Messages
378
Reaction score
91
Points
20
Info/latar belakang secara ringkas tentang kepercayaan pasal benda ni dan kompilasi kisah-kisan pengalaman benar yang dikongsi oleh manusia seluruh dunia.
Enjoy the ride.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Asal Usul Doppelgänger



‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


***Perkataan Asal***


“Doppelgänger” datang dari bahasa Jerman:


  • “Doppel” = kembar/dua
  • “Gänger” = orang yang berjalan / pergerakan


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


***Negara Asal / Tradisi***


  • Jerman (Eropah Tengah) — kisah doppelgänger dah wujud sejak abad ke-18 dan 19.
  • Konsep bayangan menyerupai diri sendiri ni ada pada banyak budaya lain juga, Cuma nama dan bentuk saja berbeza.


’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


***Kepercayaan***



1. Petanda Kematian atau Bala – Ada kepercayaan bahawa jika seseorang melihat doppelgängernya sendiri, itu adalah petanda dia akan mati atau menerima nasib buruk.
2. Makhluk Paranormal yang Mengelirukan Manusia – Ia boleh bertindak sebagai "pengganti" seseorang, menyebabkan kekeliruan dan paranoia.
3. Jin atau Syaitan yang Menyamar – dalam beberapa kepercayaan, jin atau entiti jahat boleh menyerupai manusia untuk menyesatkan atau menakutkan mangsanya. Manakala,'Qarin' pula - setiap manusia mempunyai qarin masing-masing dalam kalangan malaikat dan syaitan. Qarin malaikat mendorong manusia ke arah kebaikan dan qarin syaitan mendorong ke arah kemaksiatan. Hanya qarin Rasulullah SAW sahaja yang tidak mendorongnya melakukan kejahatan kecuali hanya kebaikan semata-mata.

sumber: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/4248-al-afkar-102-definisi-qarin


’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’


***Ciri-Ciri Doppelgänger***


1. Menyerupai Seseorang Secara Fizikal (100%) :
  • Muka, rambut, badan, pakaian—semua exact copy orang tu.
2. Biasanya dia tak bercakap. Kalau bercakap pun, suara dia pelik sikit, atau lambat respon.
3. Selalu Muncul Masa Pelik :
Contoh :
  • Kau tahu kau sedang berseorangan dalam rumah… tapi tiba-tiba ternampak diri kau sendiri berjalan kat dapur; Atau :
  • Orang lain nampak “kau” kat tempat lain, padahal kau tengah lepak rumah masa tu.
4. Aura Menyeramkan / Tak Sedap Hati :
  • Bila orang nampak doppelgänger, akan rasa tak sedap hati, macam “tu bukan kau walaupun muka sama”.
5. Tak Ada Bayang / Refleksi Kadang-Kadang :
  • Dalam cerita rakyat Eropah, doppelgänger tak ada bayang bila jalan. Atau tak nampak dalam cermin. Tapi kebelakangan ini muncul versi baru yang berkait dengan psikologi - - cermin ni ada kaitan dengan identiti & ‘true self’ seseorang. Jadi, bila doppelgänger ada refleksi atau muncul dalam cermin, maksudnya:
  • Kau nampak kebenaran yang tak nampak kat dunia nyata.
  • Refleksi tu “bocorkan rahsia” — yang kat depan kau tu… bukan manusia.


‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’




Banding Dengan Hantu Raya:

AspekDoppelgängerHantu Raya
Asal UsulCerita rakyat EropahMitos Melayu / Nusantara
Boleh MenyerupaiYa, orang yang hidupYa, tuannya (biasanya pemilik hantu tu)
TujuanSelalunya misteri / petanda burukUntuk buat kerja berat, tipu orang, jaga sawah
Tingkah LakuMenakutkan & pelikKadang agresif kalau tak diberi makan
Ada Tuannya?Tak (biasanya bebas bergerak)Ya, ikut perjanjian dengan pemilik dia



***Fun Fact Lain***

  • Dalam kisah Abraham Lincoln, dia pernah kata dia nampak versi “kedua” dirinya dalam cermin. Isteri dia anggap tu petanda dia akan mati — dan ya, dia memang mati dibunuh tak lama lepas tu.
  • Dalam kepercayaan Norse, ada benda dipanggil vardøger — “bayangan awal” seseorang yang muncul sebelum orang tu sampai. Macam deja vu fizikal.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Sponsored Post


harith.jpg



Cerminan Qarin – Kembaran dari Alam Jin



Dalam kepercayaan Islam dan masyarakat Arab purba, ada satu konsep yang sangat unik—setiap manusia dilahirkan bersama Qareen. Ia adalah jin yang ditugaskan untuk membisik dan menggoda, sejenis ‘peneman gelap’ sejak lahir.


Tapi dalam sesetengah versi cerita lama dari padang pasir Najd dan kawasan oasis Syria, Qareen ni bukan sekadar bisik dalam hati—ada yang mengatakan ia mampu menyerupai tuannya secara fizikal.


Kisah yang paling dikenali ialah seorang lelaki bernama Harith, yang mula nampak dirinya sendiri dalam pantulan cermin—tapi versi itu tidak meniru pergerakan sebenar dia. Cermin bergerak sendiri.


Contohnya, bila Harith bangun dari katil, bayang dalam cermin masih duduk. Bila dia berhenti, cermin pula senyum.


Pada satu malam, Harith terdengar ibunya jerit dari bilik air. Bila dia datang, ibunya cakap dia baru nampak Harith masuk tandas... padahal dia baru je keluar bilik tidur.


Gangguan makin kuat. Pintu rumah terbuka sendiri. Suara dia dipanggil dari luar rumah... dengan suara dia sendiri.


Akhirnya dia jumpa seorang alim, yang berkata:


"Qareen kau telah melemahkan benteng dirimu. Bila kau lalai, dia mengambil ruang."


Harith disuruh puasa selama 7 hari, membaca surah pelindung dan jangan langsung tengok cermin.


Pada hari ketujuh, menurutnya, masa dia hampir terlelap, dia dengar suara dirinya sendiri berbisik di telinga:


“Kau menang kali ni… tapi aku masih di sini.”


Selepas tu, gangguan hilang. Tapi sampai sekarang, Harith tak pernah pandang cermin terlalu lama.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
1744795602997.png





Kaki pancing cerita pengalaman ditarik hantu air! Paling seram entiti menyerupai kawan baik, guna helah ajak tarik bubu



PERISTIWA
ngeri pada suatu malam di sebuah sungai kira-kira lima tahun lalu masih kekal dalam ingatan.

Bukan main-main kerana lelaki bernama Roslan Aziz itu hampir lemas ketika keluar memancing seorang diri.

"Apabila difikirkan balik, memang tak sangka yang saya masih hidup sekarang ni. Peristiwa yang menimpa lima tahun dulu betul-betul membuatkan saya serik untuk pergi memancing di sungai pada waktu malam.

"Bukan sungai sahaja, mana-mana tempat sekali pun... hampir lemas dan dihanyutkan bukanlah perkara main-main," kata Roslan.

Meskipun perit untuk menceritakan perkara yang berlaku, namun demi memberi iktibar kepada kaki pancing, dia akur untuk berkongsi kisah dengan mStar.

Memulakan cerita, ujar Roslan yang mesra dipanggil Mat, kejadian yang hampir meragut nyawanya itu berlaku ketika dia ligat dengan hobi memancing.

Pantang ada masa terluang, pasti akan dihabiskan dengan aktiviti yang digemarinya itu.

Malah, keluarga juga sering terabai kerana dia lebih gemar menikmati keseronokan mendapatkan ikan.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku di sebuah sungai berdekatan Bukit Changgang, Banting, Selangor, ujarnya, ia berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa dia sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

Namun dia dikejutkan dengan kehadiran rakannya bernama Jamal secara tiba-tiba.

"Entah bila Jamal datang ke lombong tersebut pun saya tak sedar... tapi dia dalam keadaan basah kuyup. Apa yang pelik, dia bukan kaki pancing dan memang tak berminat dengan aktiviti tu kerana dikatakan membuang masa.

"Tapi pada malam tu, dia datang dan meminta saya membantunya menarik bubu yang ditinggalkan di dalam sungai. Masa tu saya tanya kenapa dia basah kuyup, tapi dia tak mengendahkan dan terus menuju ke arah sungai.

"Disebabkan malas untuk bersoal jawab, saya mengikut saja kemahuannya," ujar Mat yang kini berusia awal 40-an.

Dalam kesamaran gelap, dia sempat memerhatikan gerak langkah Jamal yang seolah-olah tidak menjejak tanah ketika berjalan.

Riaknya juga berbeza, seperti lama berada di dalam hutan di samping baju-T yang terdapat kesan koyak.

Mengakui berasa pelik dengan situasi pada masa itu, tapi dia enggan berfikir panjang.

Malah katanya, Jamal juga tidak seramah seperti sebelumnya dan hanya menundukkan muka.

"Iyalah, Jamal orang pertama yang akan marah bila tahu saya akan pergi memancing. Pernah dia cakap yang saya tidak menghargai masa bersama keluarga kerana kerap kali menghabiskan masa dengan hobi.

"Tambahan pula saya sering membeli barang-barang memancing yang kesemuanya dihantar ke pejabat. Jamal berleter lebih teruk daripada isteri, tapi saya iyakan juga kerana apa yang dikatakannya benar... cuma saya tidak berpeluang meninggalkan hobi aku lagi.

"Kadang-kadang saya ajak Jamal ikut serta supaya dia tahu bertapa seronoknya memancing, tetapi seperti biasa dia tidak mahu," katanya.

Pun begitu, Mat sering menceritakan perihal memancing kepada Jamal dan lokasi-lokasi baharu yang akan dia terjah.

Hasil tangkapan juga akan dikongsikan dengan teman baiknya itu.

"Sebab itu saya tak terkejut melihat Jamal pada malam kejadian. Sebab dia tahu di mana sahaja saya akan pergi, cuma pelik kenapa dia basah kuyup dan mahu ambil bubu.

"Pada saya, kemungkinan Jamal sengaja ingin membuat kejutan dan teringin belajar memancing... kerana itu dia datang pada hari tersebut.

"Semua tu tak terjawab sehinggalah saya menurutnya masuk ke dalam sungai. Apa yang saya ingat, tiba-tiba badan seperti ditarik ketika berada dalam sungai dan kelibat Jamal sudah tiada.

"Cubaan aku untuk berenang ketepian pun tidak berjaya kerana badan terasa kaku," ujarnya mengimbas kembali kejadian yang berlaku.

Menurutnya lagi, berdasarkan cerita daripada isteri, dia ditemukan hanyut kira-kira lima meter dari lokasi memancing.

"Isteri maklumkan yang saya ditemui oleh kaki pancing... mujurlah individu tersebut mengalami masalah dengan motosikal dia, jadi tidak dapat pulang ke rumah lebih awal.

"Mungkin juga kerana ajal saya belum sampai, jadi Allah menjentik hatinya untuk berada di situ untuk membantu. Itu juga sebagai pengajaran kepada saya atau mungkin kifarah kerana sering mengabaikan keluarga," luahnya sebak.

Tambah Mat, sejak kejadian yang menimpanya itu, dia tidak lagi memancing dan segala peralatan yang dibeli telah diserahkan kepada rakan-rakan lain.

Katanya, Jamal juga terkejut apabila dia bertanyakan tentang kemunculan pada malam kejadian namun hanya tersenyum tawar.


:::::::::::::::sumber: mstar





 
1744795791802.png




Bayang di Sejadah – Jin Peniru dari Hijaz



Kisah ini datang dari kawasan Hijaz, tanah Arab lama, diceritakan secara turun-temurun dalam kalangan keluarga sufi dan orang-orang kampung yang pernah mengalami kejadian aneh semasa solat malam.


Seorang lelaki bernama Yahya, seorang pemuda yang warak, sering bangun bertahajjud setiap malam. Dia tinggal bersama ibu dan adik lelakinya di sebuah rumah batu kecil di pinggir gurun.


Satu malam, seperti biasa, Yahya bangun dan masuk ke ruang tamu yang juga dijadikan ruang solat. Tapi malam tu, dia terkejut—adik lelakinya sedang bersujud di atas sejadah, menangis perlahan-lahan, penuh khusyuk.


Yahya tersentuh. Dia duduk di belakang adiknya dan niat nak solat bersama-sama.


Tapi… bila dia lafaz takbir, suara tangisan tu terus senyap. Sosok itu masih bersujud, tapi tak bergerak. Lama.


Yahya terhenti solat, dan dia panggil perlahan, “Adik… kau ok ke?”


Tak ada sahutan.


Yahya pergi kepadanya, tunduk dan dia cuba sentuh bahu ‘adik’nya tu. Dan masa tu... benda tu bangun, perlahan-lahan, tanpa pusing kepala—tapi muka yang menatap Yahya bukan muka adiknya. Ia wajah pucat, mata hitam penuh, dengan senyuman yang sangat ngeri.


Yahya tergamam. Dia baca ayat Kursi kuat-kuat… dan dalam sekelip mata, benda tu hilang dari depan mata dia.


Dia terus lari masuk ke bilik adiknya dan nampak adik dia tengah nyenyak tidur, tak pernah pun bangun malam tu.


Keesokan pagi, Yahya ceritakan pada ibunya. Ibunya menangis dan mengakui bahawa keluarga mereka pernah diganggu makhluk yang suka meniru ahli rumah, dan biasanya hanya muncul bila ada seseorang yang keimanannya sedang diuji atau sedang mula mendekatkan diri kepada Allah.


Makhluk itu dipanggil "Al-Nazir" — dalam sesetengah riwayat, ia adalah jin atau syaitan yang akan menyerupai orang terdekat untuk menyusup masuk ke dalam hati manusia melalui ketakutan dan kekeliruan.


Sejak malam itu, Yahya sentiasa baca ayat pelindung sebelum tidur, dan hanya solat malam di bilik tertutup. Gangguan itu tak pernah datang lagi.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 
1744796093858.png




Tak Lama Dulu…



Tak lama dulu aku ada plan nak jumpa kawan aku lepak sama-sama. Tempat pun dah set, jadi aku pun berjalan lah ke tempat yang kami dah janji nak jumpa tu.

Tengah aku jalan, masa dah nak sampai dah - aku nampak dia. Dia tunduk pandang sesuatu dalam tangan dia. Aku ingat phone dia lah.

Aku pun jalan dekat. Tapi dia langsung tak tengok aku. Tak angkat muka, tak senyum, tak buat apa pun.
Sepatutnya aku kena lah tegur kan?

Tapi… entah kenapa, dalam hati aku tiba-tiba rasa tak sedap gila. Macam ada suara dalam kepala aku menjerit:

“JANGAN CAKAP DENGAN DIA!”

Aku pun ikut je gerak hati tu. Aku terus jalan, buat bodoh, pergi ke tempat yang kami plan jumpa tu.
Aku tahu bunyinya pelik, tapi sumpah… aku rasa macam wajib teruskan jalan. Macam ada sesuatu yang paksa aku untuk tak hiraukan dia.

Bila aku sampai.... CUBA TEKA?

Dia dah ada kat situ. Tengah tunggu aku.

Aku terus tanya, “Weh, macam mana kau boleh sampai dulu dari aku?”

Dan jawapan dia buat aku terus pucat macam ayam berak kapur.

“Kau cakap apa ni? Aku dari tadi tunggu kau kat sini, dah 15 minit kot.”

Yang buat aku makin seram — jalan tu satu hala je.
Kalau dia lalu depan aku masa aku datang tadi, konfem aku akan nampak dia.

Tapi takde. Tak logik. Aku memang nampak “dia”… tapi bukan dia.

Aku tak tahu siapa atau apa yang aku nampak. Tapi wajah yang aku nampak tu memang sebijik muka kawan aku. Cuma… itu bukan dia langsung.

::::::::::::::::::::::::
 
1744796220225.png




Ku Sangka kan Isteriku, Rupanya Benda Lain…



Aku ada ruang pejabat peribadi dekat rumah. Suatu malam, aku tengah berjalan pergi ke arah pejabat tu, aku lalu depan pintu bilik dan aku nampak isteri aku tengah duduk atas katil, pandang keluar ke luar pintu. Aku pun tengok dia sambil menyapa, “Hai sayang.” Dia tak jawab.

Tapi aku tengah sibuk dan sekadar melintas sekejap, jadi aku fikir mungkin aku tak dengar dia balas ke apa. Aku capai barang yang aku perlukan dari dalam pejabat, dan masa aku keluar semula, dari hujung mata aku nampak dia masih duduk kat katil macam tadi. Rasa pelik, tapi aku buat tak tahu.

Aku terus ke dapur… dan tiba-tiba aku ternampak dia tengah duduk kat ruang tamu pulak, tengah fokus buat kerja dekat laptop.

Dia pandang aku dan tanya, “Abang ada cakap sesuatu ke tadi masa nak pergi ambil barang?”
Masa tu sumpah aku rasa roh aku keluar, masuk balik, pastu jatuh tembus lantai. Tak pernah seumur hidup aku rasa takut macam tu.

Kalau dia memang dari awal kat ruang tamu… habis tu aku tadi cakap hai dekat siapa?!?

Bila aku fikir balik dengan tenang, ada benda pelik pasal ‘dia’ yang kat bilik tu. Macam kalau aku berhenti tengok dia satu saat lagi… mungkin aku akan nampak benda yang bukan manusia. Dan kalau betul dia tak pernah tinggalkan ruang tamu, siapa - atau apa benda yang tengah duduk atas katil masa tu?

Aku siap bawak kayu besbol masuk bilik tidur nak tengok balik. Tapi macam yang dijangka, takde sesiapa pun. Cuma... ada satu rasa tak sedap dalam bilik tu. Rasa macam tengah diperhatikan oleh sesuatu yang tak nampak dek mata kasar.

Bila aku cerita dekat isteri aku, dia pun terus rasa takut. Tapi apa sangat yang kau boleh buat dengan kejadian macam ni? Nak tak nak, aku kena teruskan hidup. Aku cakap terus terang… benda tu betul-betul kacau kepala aku untuk beberapa lama.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
1744796380901.png




Teman Lelaki Ku Balik Rumah... tapi Bukan Dia Sebenarnya.



Beberapa bulan lepas, aku alami satu kejadian yang betul-betul kacau emosi aku. Lama jugak aku tangguh nak tulis pasal benda ni sebab trauma dia masih kuat. Tapi aku tertanya-tanya, ada tak orang lain yang pernah alami kejadian aneh macam ni?

Aku duduk kat rumah kolej, iaitu rumah yang disediakan pihak universiti yang dekat sangat dengan kampus. Aku tinggal dengan dua orang kawan. Tapi boyfriend aku dah macam housemate keempat tak rasmi. Dia rapat dengan semua kawan aku, terutama sekali yang duduk serumah. Maksudnya, semua orang kenal dia sangat-sangat, tahu rupa dia, gaya dia, kereta dia… semua. (Info ni penting untuk cerita aku selanjutnya).

Rumah aku betul-betul sebelah parking lot besar yang terang benderang waktu malam—macam parking mall, sebab memang parking rasmi fasiliti sukan kolej. Biasanya kosong sebab hanya penuh bila ada perlawanan atau latihan. Kalau boyfriend aku datang, dia memang selalu park kat situ. Dah biasa sangat.

Malam kejadian, boyfriend aku ada event kat rumah persatuan (fraternity house). Tapi dia cakap lepas habis, dia nak datang rumah aku. Masa tu cuma aku dengan sorang kawan je yang masih berjaga. Kami tengah duduk kat beranda depan rumah, borak kosong. Tak ada minum-minum pun.

Tiba-tiba, kami nampak kereta boyfriend aku datang dari arah jalan tepi parking lot. Kereta dia memang sangat unik—kereta import, warna pelik, siap ada modifikasi. Aku terus perasan sebab memang tak pernah lagi nampak kereta sama kat kawasan ni. Mula-mula aku rasa pelik sikit sebab biasanya dia akan call aku masa on the way… tapi malam tu dia tak call pun.

Tapi bila kereta tu makin dekat, masuk parking lot, terang-terang aku nampak itu kereta dia. Dalam cahaya lampu parking yang cerah, aku nampak dengan jelas. Malah boleh nampak bayang dia kat dalam kereta. Aku yakin gila itu memang dia.

Aku dengan kawan pun terus bangun nak sambut dia. Kawan aku sampai dulu dan sempat lambai kat kereta masa dia masuk parking lot. Tapi dia (yang kami sangka boyfriend aku) cuma pandang je dan terus pandu kereta tu, tak berhenti langsung. Dia lalu je terus ke hujung lot dan… keluar ikut jalan lain. Kami fikir, "Haha ni mesti dia nak buat lawak—nak pusing balik agaknya."

Tapi tak. Kami nampak dengan mata sendiri… kereta tu keluar betul-betul dari parking dan terus hilang ikut jalan bertentangan.

Aku terus call boyfriend aku. Aku ingatkan dia lupa barang ke, atau tengah buat prank paling tak kelakar abad ni. Tapi bila dia angkat call… suara latar belakang tu—muzik, orang borak kuat-kuat—jelas dia masih kat frat house! Padahal, masa tu aku masih nampak kereta dia tengah bergerak pergi dari kawasan rumah.

Aku tanya dia, "Awak ada balik rumah tadi ke?"
Dia jawab, "Tak. Tapi mungkin kejap lagi nak gerak. Kenapa?"

Aku cuma jawab, “Nanti aku cerita…” dan terus letak.

Kawan aku yang sorang lagi tu terus jadi pucat. Sampai sekarang dia tak suka aku sebut pasal benda ni. Dia nampak jelas muka ‘driver’ tu, dan sumpah seranah dia kata itu memang boyfriend aku. Dan aku sendiri yakin seratus peratus tu memang kereta dia. Tak masuk akal.

Lagi pelik, ni bukan first time benda pelik jadi kat rumah ni. Tapi semuanya selalu sangat berkisar pada kat boyfriend aku. Kadang aku tertanya, ni benda paranormal ke? Atau glitch in the matrix?

Tapi kejadian malam tu rasa macam glitch—macam universe tengah 'mainkan' babak boyfriend aku balik rumah… tapi 'tekan play terlalu awal'. Macam ada kaset tersekat dan terputar bab yang belum berlaku.


:::::::::::::::::::::::::
 
1744797247698.png




Catherine the Great – Kaisarina & Bayangannya di Singgahsana



Catherine II, atau lebih dikenali sebagai Catherine the Great, merupakan antara pemerintah paling berpengaruh dalam sejarah Rusia.

Tapi tak semua sejarahnya ditulis dengan tinta emas… Ada satu bab yang ditulis dengan bayangan misteri.

Pada suatu malam, Catherine berehat di dalam bilik di istananya—tapi dia dikejutkan oleh khabar aneh dari pengawal istana.

Salah seorang pengawal datang dengan wajah pucat dan suara terketar-ketar.

"Tuanku... kami... kami nampak tuanku... sedang duduk di atas takhta di dewan utama."

Catherine terdiam.

Dia tahu dia tak pernah keluar dari biliknya malam itu. Tapi dia tak teragak-agak. Dalam nada tegas, dia arahkan pengawalnya:

"Ambil senjata. Tembak dia."

Pengawal yang setia itu menurut. Mereka menuju ke dewan utama dan—seperti yang dikatakan—ada seseorang yang seiras Catherine sedang duduk diam di atas takhta, wajahnya tidak bergerak, matanya kosong menatap lurus ke depan.

Lalu "Catherine yang satu lagi" itu pun ditembak.

Namun apabila peluru dilepaskan… tiada mayat. Tiada darah. Jelmaan itu hilang begitu saja.

Dan hanya beberapa hari selepas peristiwa itu—Catherine the Great meninggal dunia.

Menurut kepercayaan lama di Eropah, melihat doppelgänger diri sendiri adalah petanda kematian. Ramai bangsawan dan rakyat dahulu percaya bahawa bayangan ini bukan sekadar ilusi, tetapi adalah “utusan” dari kematian.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
1744799399876.png




Kes Membingungkan : Émilie Sagée – Guru yang Mempunyai Jelmaan Kembar



Tahun 1845. Sebuah sekolah elit perempuan di Latvia.

Seorang guru baru bernama Émilie Sagée mula mengajar di situ. Orangnya lembut, sopan, dan pelajaran dia memang semua murid suka. Tapi tak lama lepas tu… kejadian pelik mula berlaku.

Murid-murid mula melihat dua Émilie dalam masa yang sama.

Contoh: satu hari Émilie sedang mengajar di depan kelas. Tiba-tiba, beberapa murid perasan sosok lain yang kelihatan sebijik macam Émilie berdiri di belakang dia—tapi tak buat apa-apa. Hanya berdiri diam. Pandangan kosong. Tak bergerak.

Pernah juga Émilie sedang makan di dewan, dan pada waktu yang sama, pelajar lain nampak dia berjalan di koridor tingkat atas. Bila dicheck, Émilie memang tak pernah tinggalkan meja makan langsung.

Benda ni tak berlaku sekali dua. Ia berulang berkali-kali. Murid-murid semakin takut. Guru lain mula menjauhkan diri. Ada yang pengsan bila ternampak 'bayang Émilie' muncul entah dari mana.

Benda yang paling seram - doppelgänger Émilie ni tak bercakap langsung. Dia cuma muncul… meniru pergerakan Émilie… dan kadang-kadang bertindak lebih awal, seolah-olah tahu apa Émilie akan buat.

Akhirnya, pihak sekolah buang Émilie. Bukan sebab dia salah… tapi sebab ‘benda’ tu. Dalam laporan saksi, sekurang-kurangnya 42 pelajar mengaku pernah melihat bayangan Émilie. Semua nampak benda yang sama. Search

Émilie sendiri katanya tak pernah nampak ‘kembar’ dia. Tapi setiap kali benda tu muncul… dia rasa tubuhnya lesu, macam ada sesuatu menyedut tenaga dia.

Dan... kisah ni bukan kisah urban legend yang kabur. Ia dilaporkan oleh Baroness Julie von Güldenstubbe, salah seorang murid yang hidup zaman tu—dan ditulis dalam rekod rasmi Society for Psychical Research.


::::::::::::::::::::::::::::::
 
1744799960185.png




Gwisin Peniru – Roh Dendam Bertopeng Wajah Orang Hidup




Dalam kepercayaan tradisional Korea, terdapat roh dipanggil “Gwisin” (귀신)—roh orang mati yang tak tenang. Tapi ada satu versi jarang-jarang disebut yang digelar sebagai "Byeongshin Gwisin"—roh peniru, yang boleh mengambil rupa dan suara orang hidup, terutama orang yang rapat dengan mangsa.



Satu kisah popular diceritakan semula di kawasan perkampungan lama di wilayah Gyeongsang. Seorang pelajar bernama Min-jun tinggal bersama neneknya selepas ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. Neneknya sangat penyayang, selalu masakkan sup rumpai laut kegemaran dia tiap kali dia balik sekolah.

Tapi satu malam, selepas Min-jun pulang dari belajar lewat, dia dapati neneknya duduk di dapur, menghadap tembok, senyap. Dapur tu suram, cuma ada cahaya dari dapur gas yang masih menyala perlahan.

Dia panggil neneknya beberapa kali.

“Halmeoni?”

Neneknya tak menyahut. Tapi dia dengar suara perlahan berbisik…

“Min-jun-ah... mari makan...”

Min-jun berjalan perlahan ke arah neneknya. Tapi bila dia berpusing ke sisi... muka nenek dia kosong. Bukan secara emosi, tapi literally takde muka—cuma kulit rata, tanpa mata, hidung atau mulut. Tapi suara tu masih keluar... “Mari makan…”

Dia terus lari keluar rumah dan menyorok di rumah jiran.

Bila jiran datang bantu dan masuk bersama Min-jun ke rumah semula… nenek sebenar dia tengah tidur di dalam bilik. Tak pernah bangun malam tu. Tak pernah masak. Dan tiada sesiapa pun di dapur.

Orang tua kampung kata, itu kerja Gwisin Peniru, iaitu roh yang tersesat dan marah, yang meniru wajah orang tersayang untuk menyesatkan atau membawa manusia ke kematian perlahan-lahan. Ia suka muncul waktu mangsa sedang letih, penat, atau hilang fokus.

Ada mangsa yang kononnya ikut “ibu” mereka masuk ke hutan… dan tak pernah pulang.





Cerita Gwisin ni banyak lagi versi—kadang-kadang dia muncul sebagai guru, kadang jadi rakan sekelas. Tapi ciri utama dia:

  • Peniru wajah orang yang masih hidup
  • Suara sama, tapi emosi atau reaksi pelik
  • Selalu muncul waktu senja atau lewat malam
  • Bila ditanya atau dilawan—sama ada diam, atau senyum dengan senyuman seram gila

::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register