BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu Doppelgänger, Qarin dan Perkongsian Kisah-kisah Benar Orang-orang yang Pernah Alami Gangguan

Ikiryō (生霊) – Roh Orang Hidup dari Jepun



Dalam budaya Jepun, bukan semua roh datang dari orang mati. Ada satu konsep seram dipanggil "Ikiryō", iaitu roh orang hidup yang keluar dari tubuh mereka—biasanya akibat emosi yang sangat kuat, seperti dendam, cemburu, atau kebencian.



Salah satu kisah terkenal berkaitan Ikiryō berlaku di zaman Heian (sekitar abad ke-9), melibatkan seorang bangsawan bernama Lady Rokujō, yang sangat cemburu dengan isteri Maharaja Genji.

Lady Rokujō terlalu murka dan kecewa bila cintanya diabaikan. Tanpa sedar, roh dia terpisah dari tubuh dan mula menghantui wanita yang dicemburui itu—dalam bentuk bayangan hitam yang menyamar sebagai pelayan istana, malah pernah bercakap dengan suara Lady Rokujō sendiri.

Isteri Maharaja jatuh sakit tanpa sebab—badannya lemah, dan matanya mula nampak 'orang' yang sama datang setiap malam. Bila para sami dipanggil, mereka sahkan ia gangguan Ikiryō—dan yang lebih mengerikan, Lady Rokujō sendiri langsung tak sedar roh dia keluar dan buat semua tu.

Bila dia akhirnya mengaku rasa dendam dan emosi dia terlalu dalam... roh itu hilang. Tapi tubuhnya pun semakin lemah dan meninggal tak lama selepas itu. Sebab katanya, bila roh keluar terlalu lama, tubuh akan jadi kosong… dan akhirnya mati.

Ikiryō ni bukan hantu biasa. Ia roh separuh hidup. Dan yang paling seram—kadang-kadang ia muncul bukan untuk membunuh… tapi untuk mengingatkan, merosakkan, atau menghantui secara perlahan-lahan.


:::::::::::::::::::::::
 



UNIT D – FLATMATES: Jangan Percaya Wajah Yang Kau Kenal



Jack tarik nafas panjang waktu kereta Uber yang dinaikinya berhenti depan rumah sewa lama mereka di 59 West Haven Street. Pintu pagar rosak masih terjongket macam biasa. Tiga minggu bercuti kat kampung, cuti semester pun dah berakhir maka bermulalah semester baru pula.

Langit mendung. Awan tebal. Rumah dua tingkat tu nampak kosong – takde lampu dari mana-mana tingkap.

Jack tekan kod pintu. Beep… beep… click…dan tolak daun pintu perlahan.

Dia tengok kasut Tom, rakan serumah dia dah ada dekat rak. Hoodie kegemaran Tom warna mustard hodoh tu pun ada tergantung dekat penyangkut.

Jack tersengih geleng kepala..

“Tom?” dia jerit, Takde jawapan ‘Dia dah ada? Kata nak masuk balik hari Sabtu. Awal lah pulak…’ Getusnya dalam hati.

Dalam mesej Tom sebelum ni cakap dia akan pulang ke rumah sewa mereka hari Sabtu nanti. Ni baru hari Khamis kot. Manakala Jack ada beberapa perkara yang nak diuruskan sebelum daftar masuk ke kampus untuk semester baru.


Dia letak beg, masuk dapur nak ambik air. Bila dia buka peti ais, nampak ada sebotol Coke yang dah tinggal separuh.
Macam biasa. Tom memang ketagih air Coke.

“Yo Tom, aku ingat kau balik weekend nanti!” Jack jerit sambil buka peti ais.

“Aku balik awal,” satu suara balas… dari arah tingkat atas.

Suara Tom. Tapi… nada mendatar je tanpa perasaan.
Jack pandang ke atas.
Kedengaran bunyi Tom turun tangga dengan melangkah kaki perlahan dan berat.
Dari tangga, Tom muncul. Tapi dia tak senyum. Tak ada secalit pun ekspresi pada wajahnya. Mata dia tak pandang tepat pada Jack, sebaliknya dia tengok atas kepala Jack, macam orang blur.

Jack gelak. “Bro, kau okay? Baru bangun?”

Tom angguk perlahan. “Penat sikit. Tido dulu eh.”

Dan dia naik balik.
Tanpa cakap apa-apa lagi. Tanpa tanya Jack macam mana cuti dia. Tanpa gurau bodoh biasa yang selalu dia buat.

Jack duduk atas sofa. Dia cuma anggap Tom keletihan baru balik dari kampung.

Sampai la...

‘Notifikasi Whatsapp masuk’

Tom:
“Aku lambat sikit balik dari kampung. Maybe Ahad baru sampai.”

Jack terus keras di tempat duduknya.

Dia scroll balik, check balik betul-betul mesej tu. Itu memang mesej dari Tom. Waktu mesej tu masuk: 5 minit lepas ‘Tom’ naik tangga tadi.

Dia tengok ke atas. Sunyi aje kat atas tu.

"Tom ni nak prank aku pun agak-agakla… Dahla sampai dulu tapi tak update.. memang nak kena smackdown dengan aku la ni"

Jack tak terfikir langsung perkara bukan-bukan. Dia berhusnuzon saja. Nanti dia bersemuka lah dengan Tom dan tanya betul-betul. Lagipun dia sendiri pun keletihan dan nak rehat je dalam bilik lepas tu.

‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Jack terjaga tiba-tiba.
Lepas tu dengar bunyi macam… lantai berkeriut. Macam ada orang berjalan-jalan dalam rumah.

Dia tengok jam di phone. 3:17 A.M.

Dia bangun perlahan-lahan, dengar lagi. Bunyi tu datang dari koridor di tingkat atas rumah tu. Kemudian ia terhenti.

Jack duduk senyap atas katil. Itu mesti Tom. Dia teringat balik pasal mesej yang dia dapat.

“Ah lantaklah,” dia bisik sendiri. Jack capai baju panas dan keluar dari bilik.

Lorong tingkat atas tu gelap. Cuma lampu kecil dari bilik air saja yang menyala, nampak samar-samar di dinding. Pintu bilik Tom terbuka sedikit. Jack pergi ke situ. Hatinya berdegup kuat. Dia tak tahu kenapa, tapi perut dia rasa sebu.

Dia ketuk pintu perlahan.

“Tom?”

Diam.

Dia tolak pintu sikit. Cahaya bulan dari tingkap luar tembus masuk, cukup untuk nampak seseorang baring atas katil membelakangi dia.

“Tom…?” dia panggil lagi.

Tom tak bergerak.

Jack perlahan-lahan melangkah masuk, dia pun tak pasti kenapa tapi sekadar nak puaskan hati dia, nak pastikan itu memang Tom. Kemudian matanya tertumpu pula pada cermin panjang setentang dengan.katil Tom.

Jack terkejut yang teramat - dalam cermin tu, Tom tengah baring MENGHADAP dia. Bukan membelakangi. Muka Tom dalam cermin tengah tenung dia. Mata terbuka luas, senyum sikit.

Dia toleh semula ke katil - Tom masih membelakangi dia. Tapi refleksi Tom dalam cermin masih merenung dia sambil tersenyum dan kemudian mulutnya bergerak perlahan. Macam bisik sesuatu, tapi tak keluar suara.

Jack terus keluar dari bilik Tom. Jantung dia rasa berdebar laju macam nak pecah. Dia tutup pintu bilik Tom dan masuk semula ke dalam biliknya dan kunci. Dia tak tidur langsung malam tu. Macam-macam persoalan bermain dalam fikirannya.

Dia cuba yakinkan diri yang apa dia nampak tadi ilusi semata-mata aje. Mungkin sebab dia masih mamai terjaga dari tidur, badan pun masih penat. Mungkin lah…

‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Pagi tu Jack duduk sorang kat meja makan. Muka lesu. Mata merah tak cukup tidur. Tom turun tangga. Menuju ke dapur. Jack perhatikan aje dia. Dia nak buat perhitungan hari ni.

“Morning,” kata Tom.

“Kau ada bangun ke semalam?” Jack tanya.

Tom ambik cereal. “Semalam bila?

“Dalam pukul 3 pagi” kata Jack.

“Ha ah ye. Tapi dalam pukul 2 lebih kot. Aku lapar. Kenapa?”

“Semalam aku masuk bilik kau. Kau tahu ke?”

Tom berhenti kejap. Pandang Jack.

“Masuk bilik aku? Bila?”

Jack jawab, “Lepas pukul 3 macam tu.”

Tom senyum sikit. “Takpe bro. Lain kali panggil je kuat sikit. Aku mungkin tak sedar kekenyangan.”

Senyuman tu lain. Senyum yang tak sampai ke mata. Jack cuma angguk. Tapi dalam hati dia, otak dah ligat. Jack nak test. Dia buka phone. Mesej malam semalam masih ada.

“Aku lambat sikit balik dari kampung. Mungkin Ahad baru sampai.”

Dia reply mesej tu sekarang: “Bro. Kau kat mana sekarang? Aku confuse.”

Tak sampai 10 saat… "Tom" kat meja makan buka phone dia dan mula menaip sesuatu.

Jack tengok skrin phone dia:

Tom: “Aku kat kampung lagi lah. Kenapa? Kau ok ke?”

Jack rasa seram sejuk. Dia toleh perlahan dan tengok Tom kat depan dia. Tom bukan sedang menaip, mahupun pegang phone. Hanya tenung je muka Jack sambil senyum nipis.

Jack jerit memaki hamun Tom dan kemudian berlari keluar rumah. Dia dah bersedia untuk sebarang kebarangkalian. Dia pergi buat laporan polis kata rumah dipecah masuk dan diiringi polis pulang ke rumah sewanya.

Mereka pergi ke bilik Tom. Tak ada barang yang terusik pun dalam bililk tu. Tak ada tanda-tanda Tom dah balik atau hadir dalam rumah tu. Polis simpulkan yang penceroboh tu dah lari. Melihatkan keadaan Jack dalam keadaan tak keruan, terkejut dan ketakutan, mereka nasihatkan dia rujuk pada pihak kolej untuk dapatkan bilik sementara dan tunggu sehingga rakan rumah sewanya tiba dari kampung.

::::::::::::::::::::::::::::::

 
1744800515036.png



Parti Hari Jadi


Aku nak mulakan cerita ni dengan satu pengakuan - mungkin aku cuma berhalusinasi. Setiap kali aku fikir balik pasal kejadian ni, aku sendiri asyik persoalkan kewarasan aku. Tapi lantaklah. Aku kena luahkan jugak kat mana-mana.

Masa tu aku dengan dua orang kawan tengah sewa kabin sempena hari jadi kawan baik aku. Kami lepak tiga malam kat situ. Tak ada benda pelik jadi. Tak ada rasa seram atau aura jahat langsung. Semua berjalan secara normal dan sambutan hari jadi pun fun dan santai.

Malam terakhir tu, kami bertiga tengah borak dan gelak dalam bilik tidur. Aku bangun nak ke tandas, tapi sebab sabun takde kat situ, aku pergi basuh tangan dekat sinki kat luar bilik air. Aku biarkan lampu tandas menyala sebab aku tinggalkan phone kat dalam.

Masa aku tengah lap tangan, aku pusing dan nampak si birthday girl—kawan baik aku—jalan masuk ke bilik air. Aku habiskan lap tangan dan terus ikut nak masuk. Aku hanya jenguk kepala ke dalam nak bagitau dia aku nak ambik phone, tapi aku blur gila sebab dia dah takde kat dalam tu. Aku tak pernah alih pandangan dari pintu pun sejak nampak dia masuk tadi. Dia tak pernah keluar dari bilik air tu.

Pintu bilik air hanya lebih separuh saja terbuka, aku fikir mungkin minah ni nak prank terkejutkan aku so mesti dia tengah menyorok kat belakang pintu. Tapi bila aku tolak, pintu tu terus terhempas kat dinding. Kosong. Dia tak pernah pun masuk tandas tu.

Masa tu aku tergamam terus. Aku jerit, “Korang memang takkan percaya apa aku nampak tadi!” Bila aku fikir balik apa yang dia pakai tadi, aku sedar—benda tu pakai baju lain. "Klon" dia tu pakai crop top biru dan seluar pendek kelabu—outfit yang aku dah banyak kali nampak dia pakai, so aku langsung tak curiga. Padahal, kawan aku waktu tu tengah pakai set baju tidur merah putih. Tapi rupa dia—serupa sebijik.

Sorang lagi kawan aku pulak cakap dia nampak “aku” baru aje beberapa saat keluar dari bilik tu tadi, tapi aku kata aku agak lama dalam bilik air dan baru masuk semula ke bilik. Si birthday girl pulak cakap dia nampak bayang dan sangka tu aku, tapi aku cakap masa tu aku kat bilik air luar bilik.

Lepas kejadian tu, kami bertiga terus tak tidur. Fikiran aku masih tak tenteram sampai sekarang. Serius, ada tak orang lain pernah kena benda macam ni?


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

 
Back
Top
Log in Register