lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Cerita kali ni datang dari Eropah Timur - Romania.
Tempat asal Vlad the Impaler (inspirasi cerita Count Dracula). Kita tak main la pergi castle siang-siang ikut tour guide, tap kita buat road trip tersesat malam-malam dekat kawasan pergunungan Carpathian.
Ini kisahnya...
Lokasi: Jalan lama menghala ke Sighisoara (tempat lahir Vlad Dracula).
Jam dah pukul 1:30 pagi. GPS kat telefon dah lama takde signal. Kiri kanan jalan cuma nampak hutan tebal dan kabus yang bergulung-gulung atas jalan tar. Suasana kat Romania ni lain macam, sunyi dia tu rasa sangat "purbakala”.
Bob: "Rem, aku rasa kita dah sesat jauh ni. Signboard tadi tulis apa? Brasov ke Bistrita?"
Remy: "Entah, gelap sangat aku pun tak berapa nak nampak. Kau relaks sikit boleh tak? Minyak ada lagi ni, enjin pun okay. Kejap lagi kita jumpa lah kampung tu."
Tiba-tiba, enjin kereta tersedak-sedak... dan tiba-tiba terus mati.
Remy: "Ah sudah..."
Mereka kini tersadai tepi hutan tebal. Gelap gelita. Cuma lampu kecemasan je yang berkelip-kelip. Tik-tok... tik-tok... memecah kesunyian alam.
Bob: "Mulut aku masin. Sorry Rem."
Sedang Remy cuba start kereta yang tak mahu hidup tu, Bob perasan sesuatu kat luar tingkap sebelah dia. Di celah-celah pokok, ada orang sedang berdiri tegak, tak bergerak-gerak.
Bob: "Rem... ada orang kat luar."
Remy toleh. Memang ada. Seorang lelaki tua, pakai baju kot labuh lusuh zaman dulu-dulu, dan topi fedora lebar. Muka dia pucat lesi macam kapur, tapi bibir dia merah menyala. Dia cuma berdiri tegak merenung ke arah kereta mereka. Tak bergerak langsung.
Remy turunkan cermin tingkap sikit kat tempat Bob, konon nak tanya jalan.
Remy: "Hello? Sir? Help?"
Orang tua tu senyum. Tapi senyuman dia pelik. Dia tak bukak mulut pun, cuma bibir dia menyeringai menampakkan gigi yang nampak macam... terlalu tajam dan kuning.
Tiba-tiba orang tua tu bersuara. Suaranya halus tapi jelas, macam dia berbisik betul-betul tepi telinga diorang, walhal dia berdiri 5 meter jauhnya.
"May I... come in? It's cold out here..." (Boleh saya... masuk? Kat luar ni sejuk...)
Bob dah mula mengigil. Dia perasan satu benda. Malam tu sejuk beku, nafas diorang berdua berwap. Tapi orang tua tu... tak ada wap nafas langsung keluar dari mulut atau hidung dia.
Bob: (Bisik cemas) "Rem, naikkan cermin. Jangan jawab! Jangan bagi dia masuk!"
Remy: "Ish, dah kenapa kau ni? Kesian orang tua tu..."
Bob: "Tengok kaki dia Rem! Dia tak jejak tanah! Dia terapung sikit!"
Remy pandang bawah. Mak aih… memang betul! Kasut kulit orang tua tu terapung seinci dari tanah. Dan yang paling seram... mata orang tua tu mula bertukar merah bila dia nampak Remy teragak-agak dan tutup tingkap kereta.
"Invite me in..." Suara tu jadi makin garau, garang dan memaksa.
Tiba-tiba, orang tua tu meluru ke arah tingkap! Laju macam kilat!
BAM!
Muka dia terlekap kat cermin tingkap Bob. Kulit dia nampak macam lilin yang meleleh. Dia mencakar cermin tingkap tu dengan kuku panjang dia. Skreeeettt!!! Bunyi ngilu gila!
Orang Tua: "INVITE ME IN! JEMPUT AKU MASUK!"
Remy: "ALLAHUAKBAR!"
Remy pulas kunci kereta sekuat hati. Vroom! Enjin hidup! (Orang tua-tua kata semangat jahat kadang-kadang kacau enjin). Remy tekan minyak sampai pedal minyak terbenam ke lantai. Tayar berpusing ligat, kereta meluncur laju tinggalkan tempat tu.
Bob toleh ke belakang... orang tua tu tak kejar. Dia cuma berdiri tengah jalan, mendepakan tangan, dan tiba-tiba badan dia pecah jadi beratus-ratus ekor kelawar hitam yang terbang naik ke langit menutup bulan.
Sampai ke hotel di bandar seterusnya, Bob tak boleh tidur. Dia baru teringat, dalam legenda Romania, hantu jenis vampire atau Strigoi tak boleh masuk ke rumah atau kenderaan sesiapa selagi tak dijemput (invited) oleh tuan punya.
Kalau Remy ajak dia masuk tadi... hmm, diorang jadi lauk lah jawabnya.
Ada banyak "pantang larang" atau ‘Rules of Survival’ dalam folklore Eropah. Benda ni macam 'Hukum Alam' untuk makhluk-makhluk ni. Diorang mengganggu dan memudaratkan manusia, tapi diorang terikat dengan peraturan mistik. Ini antara rule yang paling famous:
Rule #1: "Don't Invite Them In"
Romania ni memang pantang larang dia lain macam sikit. Jangan jemput benda/orang asing masuk rumah/kenderaan!
Rule #2: The Obsession with Counting (Arithmomania)
Ini rule paling pelik tapi efektif untuk setan spesis Vampire/Strigoi.
- Pantang: Diorang ni ada penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) yang kronik. Diorang wajib mengira benda yang berterabur.
- Cara Survival: Kalau kau dikejar Strigoi, campakkan segenggam biji sawi, beras, atau garam ke tanah.
- Kenapa: Makhluk tu akan berhenti serta-merta. Dia "terpaksa" kira setiap butir biji tu satu persatu: "Eins... zwei... drei..." sampai habis, baru dia boleh sambung kejar kau. Masa tu lah kau pecut lari! (Sebab tu orang dulu-dulu tabur biji poppy atas kubur yang disyaki vampire, supaya dia sibuk mengira sampai matahari terbit).
Rule #3: Air Mengalir (Running Water)
- Pantang: Kebanyakan entiti jahat Eropah (Vampire, Witches, Nazgul pun sama) tak boleh melintas air yang mengalir deras macam sungai.
- Cara Survival: Kalau kau lari, cari jambatan atau lompat ke seberang sungai.
- Kenapa: Air mengalir ni dianggap suci dan "hidup", ia membatalkan sihir hitam yang mengikat tubuh mayat diorang. Diorang akan stuck kat tebing sungai tu, maki hamun kau dari jauh.
Rule #4: Besi Tulen (Cold Iron)
- Pantang: Ini untuk makhluk "Fae" atau bunian Eropah (Elf, Peri, Goblin).
- Cara Survival: Bawa paku besi atau pisau besi dalam poket.
- Kenapa: Kulit diorang akan terbakar kalau sentuh besi. Sebab tu dalam cerita lama, orang letak gunting besi bawah bantal bayi supaya tak kena tukar dengan Changeling (anak bunian).
Alang-alang cerita pasal Rule #2 (Mengira) tu, aku ada satu kisah kontot dari kawan aku yang study kat kawasan pedalaman Poland (jiran Romania jugak).
Masa tu dia balik lewat malam jalan kaki dari library. Dia rasa ada benda ikut dia. Bunyi tapak kaki berat. Dia toleh, nampak lembaga hitam besar ikut rapat.
Kawan aku ni, dia ingat pesan nenek tuan rumah dia. Dia mula menggelabah raba poket. Kebetulan dia baru beli sebungkus kacang untuk kudap-kudapan.
Tanpa fikir panjang, dia koyakkan plastik kacang tu dan hambur semua kacang tu ke atas jalan tar kat belakang dia.
Apa jadi lepas tu?
Bunyi tapak kaki tu berhenti serta-merta.
Bila kawan aku toleh sikit sambil berlari, dia nampak ada lembaga dok mencangkung kat tengah jalan. Kepala dia tunduk rapat ke tanah, tangan dia sibuk kutip kacang tu satu-satu sambil mulut dia terkumat-kamit bunyi berdesis... macam tengah mengira.
Kawan aku tak tunggu dah. Lari tak cukup tanah sampai rumah, kunci pintu 3 lapis! Selamat sebab sebungkus kacang je.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-