BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan Batang Lupar - jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia dibuka secara rasmi

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Jambatan Batang Lupar - jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia dibuka secara rasmi​

Mohd Roji Kawi
[email protected]

JAMBATAN Batang Lupar No.1 sepanjang 4.8 kilometer dibuka secara rasmi, hari ini. FOTO Ihsan JKR
JAMBATAN Batang Lupar No.1 sepanjang 4.8 kilometer dibuka secara rasmi, hari ini. FOTO Ihsan JKR


Kuching: Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini dibuka secara rasmi, hari ini sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Jambatan Batang Lupar No 1 itu dirasmikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Projek yang dilaksanakan di bawah Pakej D2B: Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jambatan Batang Lupar 1, Bahagian Samarahan/Betong itu disifatkan sebagai antara projek infrastruktur paling ikonik di Sarawak.

Jambatan berkenaan dibina dengan laluan tunggal dua lorong sepanjang 4.8 kilometer mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R5.



Ia turut menampilkan rentangan utama kabel sepanjang 598.8 meter selain mempunyai kelegaan navigasi selebar 250 meter dan ketinggian 26 meter.

Projek pembinaan jambatan itu membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM848.7 juta dan menghubungkan Sebuyau serta Triso.

Pembukaan jambatan itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan menyediakan sistem pengangkutan yang lebih selamat, pantas dan lancar di sepanjang koridor pesisir pantai.

Dalam ucapannya, Douglas berkata, jambatan berkenaan melambangkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh ketersambungan serta merangsang pertumbuhan sosioekonomi rakyat.

Beliau berkata, penyiapan projek itu mampu mengurangkan masa perjalanan selain meningkatkan kecekapan logistik dan pengangkutan di kawasan terbabit.

Menurutnya, jambatan berkenaan turut membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi, pertanian dan pelancongan antara Sebuyau, Triso dan kawasan sekitarnya.

 

Jambatan Batang Lupar 1 | Jambatan Terpajang Merentasi Sungai Malaysia 4.84km​

Jambatan Batang Lupar 1 di Sarawak merupakan jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan 4.84 kilometer. Dibuka secara rasmi pada Mei 2026, mercu tanda baharu ini menggantikan perkhidmatan feri dan memendekkan masa perjalanan antara kawasan pesisir pantai negeri tersebut.

 
Back
Top
Log in Register