BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Percepat Projek Jambatan Sungai Durian, Tiada Kompromi Terhadap Kelewatan - Nanta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Percepat Projek Jambatan Sungai Durian, Tiada Kompromi Terhadap Kelewatan - Nanta​

570fd9da612e9680332d69481bcbc7c86a5973a8c8949

Kredit: FB Alexander Nanta Linggi

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan kontraktor mempercepat pelaksanaan Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai, selepas mendapati projek itu masih mengalami kelewatan walaupun telah diberikan enam lanjutan masa (EOT).

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu dimaklumkan kepada kontraktor terlibat ketika beliau mengadakan tinjauan mengejut ke tapak projek berkenaan bagi menilai sendiri perkembangan semasa pelaksanaannya.

Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan ialah kerja pemasangan cerucuk gerek (borepile) yang terjejas akibat halangan paip utiliti sedia ada serta isu berkaitan struktur sokongan sementara jambatan besi.

“Kelewatan ini tidak boleh berterusan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, semalam.

Nanta berkata beliau telah mengingatkan kontraktor supaya menambah sumber di tapak, mempercepatkan pelaksanaan kerja serta menyelesaikan semua isu teknikal dengan segera bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata rakyat telah terlalu lama menunggu projek berkenaan disiapkan dan ia perlu diselesaikan mengikut jadual semasa demi memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang kelewatan yang berpunca daripada kelemahan pelaksanaan. KKR dan JKR akan terus memantau rapi hingga projek ini siap dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register