BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan Sungai Johor Selamat Dilalui Selepas Kapal Hanyut Langgar Struktur

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jambatan Sungai Johor Selamat Dilalui Selepas Kapal Hanyut Langgar Struktur​

78500a78446e53f2d42b5fa9cd5ed95a6a9824dbb8a83

kredit: awam

Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat di sini selamat dilalui semua pengguna jalan raya, menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB).

SDEB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap keadaan struktur jambatan itu susulan insiden sebuah kapal hanyut dan melanggar struktur  jambatan berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi.

"Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. Kapal terbabit juga telah dialihkan pada 3.16 petang tadi," menurut kenyataan itu.

SDEB memaklumkan pihaknya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan akan terus memantau keadaan struktur jambatan berkenaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya.

"Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa foto kejadian itu tular di laman Facebook, dengan dakwaan jambatan berkenaan tidak selamat dilalui dan ditutup sementara, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register