BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat pembaca berita Papua Barat ditemukan selepas 9 hari hanyut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Mayat pembaca berita Papua Barat ditemukan selepas 9 hari hanyut​

3598192.webp

Proses evakuasi mayat Yanto di sungai oleh pasukan penyelamat dan penduduk tempatan.

JAKARTA – Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, pembaca berita TVRI Papua Barat, Yanto Idorway atau nama sebenarnya, Suryanto Idorway ditemukan meninggal dunia di Sungai Memti Kabupaten Pergunungan Arfak, Papua Barat.

Memetik laporan berita Jawa Pos, Yanto dilaporkan hanyut ketika beriadah bersama dua rakannya di kawasan Air Terjun Memti pada Sabtu lalu.

Pasukan pencari dan penyelamat gabungan yang terdiri daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri), Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) serta penduduk tempatan akhirnya menemui mangsa pada Isnin kira-kira jam 11.05 pagi (waktu tempatan).

Mangsa ditemukan tersepit pada celah-celah batu sungai, kira-kira 10 meter dari lokasi awal dia dipercayai terjatuh.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Manokwari untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register