BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Dikhuatiri Lemas Jatuh Jambatan Sungai Paka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Wanita Dikhuatiri Lemas Jatuh Jambatan Sungai Paka​

7c80b66f81b40798781598080911678d6a4799754c8dd

Kredit: PDRM

Seorang wanita mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata Nor Haslini Din, 47, terjatuh dari jambatan kira-kira 100 meter dari rumahnya pada 10.30 pagi.

"Bapa mangsa, Din Zakaria, 77, yang melihat kejadian itu tidak sempat menyelamatkan anak perempuannya yang dihanyutkan arus deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Ab Halim berkata operasi mencari dan menyelamat Nor Haslini melibatkan 27 anggota daripada pelbagai agensi dengan disertai orang awam di sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register