BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan Batang Lupar Nadi Baharu Nelayan Terubuk Maludam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Jambatan Batang Lupar Nadi Baharu Nelayan Terubuk Maludam​

9a29b1cfd8e22ef10ecb57c31d320bbb6a6c1888ad864


Pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 bukan sekadar memendekkan tempoh perjalanan ke wilayah tengah dan utara Sarawak, malah membuka akses kepada pasaran baharu untuk nelayan serta merancakkan industri penangkapan ikan terubuk di Maludam.

Penduduk kampung itu yang kebanyakannya bergantung kepada sektor perikanan turut menikmati  manfaat apabila permintaan terhadap hasil tangkapan utama seperti ikan terubuk dan udang merah dari kawasan pesisir dan muara Sungai Maludam semakin meningkat.

Seorang nelayan tempatan, Batu Jajabai Agu, 52, berkata jambatan itu memudahkan pergerakan penduduk dan pengunjung ke daerah itu apabila tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan feri.

“Dulu, ramai yang terpaksa bergantung kepada perkhidmatan feri untuk ke Maludam, menyebabkan tidak ramai yang datang membeli hasil laut secara terus.

“Kini, setiap hujung minggu kami menerima ramai pengunjung yang mencari ikan terubuk segar, sekali gus membolehkan kami menjual hasil tangkapan secara terus kepada pengguna tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang tengah,” katanya kepada Bernama.

Nelayan itu berkata terdapat pelbagai jenis ikan terubuk di muara Batang Lupar, namun terubuk Ulu paling mendapat permintaan dengan harga mencecah RM120 sekilogram, manakala telurnya pula boleh mencecah RM500 sekilogram.

Selain itu, Maludam terkenal dengan hasil laut seperti udang merah atau lebih dikenali sebagai payak atau durik dalam kalangan penduduk tempatan, selain ubur-ubur, ikan buntal dan pelbagai spesies ikan laut, serta udang galah yang banyak terdapat di sepanjang sungai berkenaan.

“Harapan kami ialah Maludam akan terus dikenali sebagai destinasi mendapatkan ikan terubuk segar dan hasil laut berkualiti, sekali gus membolehkan penduduk kampung menjana pendapatan sampingan,” katanya yang turut membuat jala untuk kegunaan sendiri.

 
Back
Top
Log in Register