BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Tabung Haji: Pemimpin Bersatu Masjid Tanah mohon maaf kepada Hamzah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Isu Tabung Haji: Pemimpin Bersatu Masjid Tanah mohon maaf kepada Hamzah​

e2700a63ba989316b198a4ed0c7d42a4.jpg

9e19bd4b922bcffebe95aa81fe36b50b.jpg


Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Mohd Rodzi Mat Rejab memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berhubung hantaran berkaitan isu Tabung Haji yang dimuat naik di akaun peribadinya.

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas dia menerima surat tuntutan guaman (LOD) daripada Tetuan Siddiq Azani & Co yang mewakili Hamzah tengah hari semalam.

Menggunakan nama akaun Facebook 'Chey Rodzi', dia memuat naik kenyataan maaf itu pada jam 4.40 petang hari yang sama selepas bertindak memadamkan hantaran berkenaan.

"Saya mengakui bahawa posting tersebut dibuat berdasarkan maklumat tanpa mendapatkan pengesahan yang sewajarnya.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya tulis dan tidak berniat untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kredibiliti sesiapa," tulisnya dalam kenyataan di media sosial.

Kenyataan permohonan maaf itu turut dikongsikan semula menerusi akaun media sosial peribadi milik Hamzah.

Rodzi meletakkan harapan agar perkara itu tidak mendahului proses perundangan dan mengesahkan menyerahkan sebarang siasatan lanjut berhubung isu Tabung Haji berkenaan kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM.

Rodzi antaranya bertanya sama ada Hamzah terlibat “sakau” dalam isu kelemahan pengurusan Tabung Haji.

LOD itu meminta Rodzi memandamkan artikel itu dan meminta maaf atau berdepan tindakan saman fitnah di mahkamah.

 
Back
Top
Log in Register