afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Hadi dakwa isu Tabung Haji jadi sasaran kerana jenama Islam
Hadi Awang dakwa kesalahan segelintir individu diperbesarkan sehingga menenggelamkan sumbangan mereka dalam membangunkan Tabung Haji.
Hadi mengakui ada penyelewengan dan salah laku dalam institusi kewangan Islam, namun mendakwa kepincangan lebih besar di institusi perniagaan lain tidak mendapat perhatian sama.
Bagaimanapun, beliau mendakwa salah laku di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi lain berlaku pada skala lebih besar tetapi ‘disembunyikan di bawah karpet’.
“Maka, kesalahan Tabung Haji dijadikan tajuk utama kerana jenama Islamnya menjadi sasaran,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS bertajuk Isu Rasuah: Hukum Islam Ditinggalkan, Melayu Islam Dijadikan Sasaran.
Hadi mendakwa kesalahan segelintir individu diperbesarkan sehingga menenggelamkan sumbangan mereka yang menurutnya berjasa membangunkan institusi pengurusan dana haji itu.
“Mereka yang berjasa menjayakan Tabung Haji adalah lebih ramai berlipat kali ganda jumlahnya, namun dibesarkan segelintir yang salah laku bagi membesarkan keaiban Melayu Islam dengan niat yang jahat,” katanya.
Hadi turut membandingkan perhatian terhadap TH dengan kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang membabitkan bekas ketua menteri Lim Guan Eng.
“Adapun kes terowong Pulau Pinang, bicaranya separuh jalan, kemudian diam membisu, malah jarang sekali dibunyikan apabila ada suara menyebutnya,” katanya.
Sebagai rekod, perbicaaran kes terowong membabitkan Lim itu masih berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kenyataan Hadi berkait TH itu menyusul ketika kerajaan menyahklasifiksi laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH pada 29 Julai, empat tahun selepas siasatan pengurusan, operasi dan aset institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Antara dapatan utama RCI ialah TH melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017 sedangkan ia sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion mengikut piawaian perakaunan yang betul. RCI turut membangkitkan isu ‘perakaunan kreatif’, kerugian pelaburan tidak direkodkan dan pembayaran hibah tidak mampan.
RCI turut mengesan campur tangan politik serta kelemahan tadbir urus, selain mengesyorkan audit forensik terhadap 14 pelaburan lama. Tujuh daripada pelaburan yang dikenal pasti itu dilaporkan mengalami kerugian 100%.
SPRM menubuhkan pasukan khas untuk meneliti kemungkinan rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Polis pula membuka lima kertas siasatan, manakala audit forensik dijalankan terhadap pelaburan dikenal pasti RCI.
Sidang khas Dewan Rakyat untuk membincangkan laporan itu pada 11 Ogos lalu namun semua wakil rakyat PN kecuali enam dari Bersatu tidak mengambil bahagian susulan ketidakhadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga menteri kewangan menerima rawatan ketika sidang khas itu berlangsung.
