BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pengerusi, CEO, CFO Tabung Haji ditahan polis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Bekas pengerusi, CEO, CFO Tabung Haji ditahan polis​

be6f12ce-7a27-482c-8aaf-22b92d21b2a5-DATUK-RUSDI-MOHD-ISA-bernama-pic.jpg

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Rusdi Isa berkata tiga bekas pegawai itu ditahan berkaitan pengagihan keuntungan tahunan atau hibah Tabung Haji bagi 2017, manakala dua lagi berkait siasatan pengubahan wang haram. (Gambar Bernama)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rusdi Isa, berkata polis turut menahan dua individu yang masih berkhidmat dengan TH.

Beliau berkata, tiga bekas pegawai berkenaan ditahan berkaitan pengagihan keuntungan tahunan atau hibah TH bagi 2017, manakala dua lagi ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram.

“Suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 48 hingga 70 tahun. Tiga daripada mereka direman sehingga esok, manakala yang lain disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan akan direman sehingga 11 September,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad mengesahkan bahawa bekas pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim serta dua lagi bekas pegawai kanan telah direman polis bagi membantu siasatan.

Ia susulan Azeez, bekas Ahli Parlimen Baling daripada Umno, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan dalam bentuk jawatan pengerusi dan faedah di sebuah syarikat lain.
 
Back
Top
Log in Register