BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Desakan siasatan baharu Tabung Haji hanya ‘mainan politik’, kata Puad

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Desakan siasatan baharu Tabung Haji hanya ‘mainan politik’, kata Puad​

a6b433ac-800f-469f-b8aa-81eff9cb4ba9-Puad-Zarkashi-Mujahid-Yusof-Rawa.jpg

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi (dua kanan) dalam forum penerangan RCI Tabung Haji di Johor Bahru. Turut kelihatan Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa (dua kiri). (Gambar Facebook)

“Jangan mempolitikkan laporan RCI TH dan perlu ada tindakan total kepada semua ‘culprit’ terlibat,” katanya dalam forum penerangan RCI TH di Johor Bahru.

Kenyataan Puad itu menjawab desakan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya siasatan baharu dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan juga menggesa satu lagi RCI ditubuhkan untuk menyiasat pentadbiran TH bagi tempoh selepas laporan pertama.

Laporan RCI itu, yang didedahkan pada pada Julai, menunjukkan kerajaan beri suntikan dana hampir RM20 bilion untuk tampung kerugian disebabkan oleh kelemahan pelaburan, buat keputusan dan salah laku bekas pengarah serta proses kelulusan yang mencurigakan

Empat orang didakwa, termasuk seorang bekas pengerusi, manakala seorang bekas menteri juga dijangka berdepan pertuduhan.

Makna ‘sakau’

Puad juga menyifatkan RCI itu adalah yang terbaik kerana ada pendedahan salah pengurusan, 75 syor penambahbaikan dan cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis membuka kertas siasatan.

Katanya, kini sudah ada individu yang didakwa.

Beliau juga menggesa mana-mana pihak supaya tidak sempitkan makna ‘sakau’.

“Sakau bukan semata mata mencuri duit sahaja. Melanggar akta Tabung Haji juga sakau. Terima elaun melampau juga sakau. Beri hibah tinggi ketika liabiliti lebih tinggi berbanding aset juga sakau,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mencabar pihak yang mendakwa dana TH dicuri atau disakau supaya mengemukakan bukti kerana tiada perkataan tersebut dalam laporan RCI.

Akmal turut mempersoalkan sama ada pemberian dividen yang tinggi kepada pendeposit dan subsidi bagi menampung kos jemaah haji boleh dianggap sebagai sakau.
 
Back
Top
Log in Register