BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan salahkan Umno, BN berkait isu Tabung Haji, kata Reezal

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Jangan salahkan Umno, BN berkait isu Tabung Haji, kata Reezal​

43e339d5-reezal-merican-bernama-pic-15823.jpg

Ahli MKT Umno Reezal Merican Naina Merican berkata isu Tabung Haji perlu dikendali dengan berhati-hati kerana melibatkan jutaan pendeposit dengan 53% daripadanya mempunyai simpanan kurang RM1,300. (Gambar Bernama)

Sebaliknya, Reezal berkata akauntabiliti perlu dituntut daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap salah urus institusi itu.

Menurutnya, walaupun terdapat pihak yang cuba mengaitkan isu berkenaan dengan Umno dan BN, ia tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab terhadap parti dan gabungan itu atas kegagalan tersebut.

“(Bekas pengerusi TH) Abdul Azeez Abdul Rahim sendiri telah menyatakan bahawa beliau bersedia berdepan siasatan jika diperlukan,” katanya ketika ditemui di luar program pengagihan Jalur Gemilang di kawasan parlimennya hari ini.

Laporan setebal 252 muka surat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 dinyahklasifikasi serta didedahkan kepada umum Rabu lalu.

RCI mendapati, antara lain, TH telah menyembunyikan keadaan sebenar kewangannya selama bertahun-tahun, dengan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion bagi 2017 sedangkan berdasarkan piawaian perakaunan yang betul, institusi itu sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion — perbezaan hampir RM4.8 bilion.

Reezal berkata isu TH perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia melibatkan 9.7 juta pendeposit, dengan 53% daripada mereka mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300.

“Laporan RCI itu jelas: terdapat pihak yang perlu dipertanggungjawabkan. Ada pihak yang perlu menjawab berhubung penemuan laporan tersebut,” katanya.

Reezal turut menolak dakwaan bahawa Umno mengamalkan rasuah atau melindungi individu yang terlibat dalam rasuah, sambil berkata parti itu telah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang dikaitkan dengan salah laku, termasuk bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris yang pernah dipenjarakan.

Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap Umno dan BN seolah-olah memberi gambaran bahawa semua anggota parti itu terlibat dalam amalan rasuah, yang disifatkannya sebagai sesuatu yang tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila isu tersebut membabitkan Tabung Haji.

“Saya bimbang perkara ini akan menjejaskan keyakinan pendeposit dan memberi kesan negatif terhadap persepsi awam. Isu ini perlu diselesaikan dan tindakan perlu diambil, tetapi pada masa sama ia perlu dikendalikan dengan kebijaksanaan bagi memastikan ia tidak menyebabkan kerugian kepada semua pihak,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register