BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memang ada 'sakau' dalam Tabung Haji

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Memang ada 'sakau' dalam Tabung Haji​

f32aad64d8a366da5fe89b08691d172e.jpg


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa memang berlaku perbuatan “sakau” dalam Lembaga Tabung Haji (TH), susulan kehilangan dana berbilion ringgit yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi berkenaan.

Menteri Kewangan itu berkata istilah “sakau” tidak sepatutnya dielakkan atau dipersoalkan, sekiranya fakta menunjukkan berlakunya kehilangan wang dalam institusi yang diamanahkan untuk mengurus simpanan umat Islam itu.

“Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang di Melaka ini memang ada sakau dalam Tabung Haji.

"RM12 bilion hilang, bukan sakau? Memang ada sakau,” kata beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, di Melaka hari ini.

Anwar berkata tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang politik, kerana kesan daripada perbuatan segelintir individu akhirnya terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.

“Yang menyakau itu sesetengah sahaja, tetapi yang terpaksa bayar dan tanggung, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau.

- Bernama

 
Bodoh la asyik dok ulang sakau x sudah2.

Kuasa dh ada di tangan, bertindak dgn tangan bukan dgn mulut.

Eloklah bersiap2 jadi pembangkang balik.
 
bila scammer manifesto berkata kata
 
sakau sakau sakau. Tapi depan wak zahid tak sebut sakau.

Kene game dgn wak zahid. 🤭

Skg ni wak zahid tuai investment geng non collect rosot nilai kerusi DUN 3 negeri. 🤣
 
Back
Top
Log in Register