BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesyuarat khas PAS tak bincang isu Bersatu, kata pemimpin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Mesyuarat khas PAS tak bincang isu Bersatu, kata pemimpin​

857da8be-pas-bersatu-logo-collage-290626-1.jpg

Kerjasama PAS dan Bersatu tamat pada 8 Jun lalu namun kedua-duanya masih kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilaporkan Sinar Harian mengesahkan mereka akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Bersatu dan PRN Johor pada mesyuarat terbabit.

Ditemui media selepas mesyuarat berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata tiada perbincangan dengan Bersatu yang hubungan dengan partinya tamat 8 Jun lalu walaupu kedua-duanya kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata mesyuarat itu sebaliknya hanya bertujuan memperjelaskan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang berhubung pendirian parti pada PRN Johor.

“Tak ada, tak ada perbincangan mengenai Bersatu. Kita dalam gabungan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Hadi selepas mesyuarat itu mengumumkan empat ketetapan PAS berkait PRN Johor iaitu berusaha mempertahankan kuasa politik Melayu Islam dan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi ditandingi.

Menyantuni pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’ dan menyeru pemilih tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam dua penjuru melibatkan dengan Barisan Nasional (BN).

Walaupun PAS sebelum ini memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, kedua-dua parti masih berada dalam PN bersama Gerakan, MIPP, Pejuang dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang sebelum ini dijenamakan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM)

Pada PRN Johor, PN bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, dengan Bersatu bertanding di 16 kerusi, PAS 11, MIPP lima dan Pejuang satu.
 
Back
Top
Log in Register