BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insurance - Dapat call kene naik mahkamah

edifier83

Fun Poster
Messages
775
Joined
May 3, 2007
Messages
775
Reaction score
5
Points
15
salam semua

saya nak dapatkan buah fikiran geng2 dalam ni dan juga pakar2 insuran semua sebab saya buntu ni.

Semalam (jumaat) saya menerima panggilan telefon daripda agen insuran (nama saya dah lupa, dia ckp GM group)yang mengatakan saya pernah melanggan kad perubatan insuran atas nama sy dan ibu sy dgn mereka ketika saya bekerja dgn syarikat lama sy 4 tahun dulu. serius saya dah lupa tp mmg sy ada melanggan insuran dan insuran tu saya bayar dengan debit melalui kredit kad. disebabkan saya lupa, saya mengatakan bahawa saya sudah cancel insuran tu selepas setahun melanggan dan agen yang menelefon saya tu kata boleh dan ia stop disitu. Mmg saya ada cancel satu insuran cuma saya lupa nama insuran tu

sebenarnya saya sangsi dengan mereka ni atas beberapa perkara:

1. saya dapat call atas no.telefon "private no." dan mmg tak tahu no.dia. bila saya tanya dia cakap dorang pakai no.DIGI line.

2. Dia kata kad perubatan saya tu ada kontrak 5 tahun dan every month sy kene bayar dlm RM200 lebih so 4 tahun tu dalam RM7k dah.( mmg aku tak boleh bayar la). setahu saya agen lama tu ckp kontrak sy dalam 2 tahun jer (kalau betul ni insuran nyer)

3. Lawyer yang bercakap dgn saya tu (dia cakap nama dia Grace)bagitau, agen insuran tu nak saya settlekan pada hari tu jugak (settle RM7k tu) dan dia akan cancel kontrak sy lg setahun dan dia bagi kurang smpi RM4800 janji sy bayar aritu jgk. Saya ckp mcm mana nak bayar sedangkan sy baru tau aritu dan sy tak menerima apa-apa surat warning ke apa, hanya sekali tu sahaja. dia cakap dia hantar ke ofis sy tp dia baca alamat tu alamat rumah sy, mustahil kalau dia hantar sy tak terima. lg satu kalau dia hantar ke opis lama sy pon mesti rakan opis lama bagitau sy sebab mereka semua ada no.telefon sy dan facebook sy. bila sy ckp mcm tu lawyer tu diam.

so, sy nk mintak pandangan pakar2 insuran dan tuan2 sekelian apa patut sy buat kalau mereka call saya lg? tolong yer:((:((

p/s: dia cakap sy boleh bayar ansuran RM600 atau RM1000.
 
kena ada hitam putih bro.
insuran tak bayar hangus la. pelik kes ni.
 
Rasanya macam nak kena scam ajer...Tak bayar insurans kontrak ditamatkan serta-merta. So alasan apa dia nak saman customer balik?
 
TIPOOOOOOOOOOOO nih..

insurans macam prepaid..ko bayar, adalah servis

ia bukan cam bil api or air


klau ko tak bayar, kansel auto lah dia..

1)ko call balik dia tu, mnta surat semula, fax or pos semula kt ko

2)mintak no polisi dan nama kampeni insurans. Pastu ko call balik sykt insurans melalui call centre diaorg dan dable cek ko punya insurasn status

3) kalau tak ada, pergi buat report polis kata anda di syaki di scam dan pohon telcon anda (bawak salinan report) utk berikan log call masuk..dah daapt nombor pemanggil itum buat laporan pada SKMM dan polis semula andaikata benar2 insurasn itu taK WUJUD
 
Lolx... mcm skem... gi mintak details... black n white kalo ade... then gi kat persatuan pengguna.. tanye advise diorang...
 
thank you all for the advices. sebenarnya dia ada mintak aku alamat sebab aku mintak dia hantar form tuk byran..sebelum tu aku suh awek yg call aku tu email aku detail aku nk tengok..esok atau bila2 kalau mereka call aku nk mintak cover note asal insuran tue..nk tgk
 
Back
Top
Log in Register