BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen Tahan 43 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Muar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Imigresen Tahan 43 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Muar​

d38fa3c529f1527201eea2aff8841cf36a057713eb55f

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi di enam premis sekitar Muar bermula 9 pagi hingga 10 malam, Selasa lepas.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kesemua ditahan terdiri daripada 37 lelaki, empat wanita dan dua remaja perempuan dari Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Nepal, China dan Indonesia, yang berusia lingkungan 14 hingga 62 tahun.

Beliau berkata operasi melibatkan pemeriksaan di beberapa lokasi tumpuan termasuk kilang perabot dan kediaman yang dijadikan penempatan pekerja asing.

"Ketika operasi dijalankan, suasana menjadi kecoh apabila sebahagian daripada mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam kilang, namun tindakan pantas anggota penguat kuasa berjaya menutup semua laluan keluar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register