BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Kedah Tahan 94 Pati Atas Pelbagai Kesalahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JIM Kedah Tahan 94 Pati Atas Pelbagai Kesalahan​

b39749ace1b9f732d05c78c97cbadbb96a29186f474f3


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 94 pendatang dalam Ops Mahir dan Ops Sapu yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Langkawi pada semalam dan hari ini.

JIM Kedah dalam kenyataan memaklumkan bahawa operasi dilakukan hasil risikan dan maklumat awam, melibatkan pemeriksaan di 22 premis dan 227 individu terdiri daripada warga Malaysia dan asing.

“Daripada jumlah itu, 94 pendatang ditahan terdiri daripada 84 lelaki dan 10 wanita, yang melibatkan 45 warga Bangladesh, 26 Myanmar, 18 Indonesia dan lima Pakistan,” menurut kenyataan itu.

Antara lokasi yang diperiksa termasuk tapak pembinaan, rumah kongsi, premis perniagaan dan kediaman di sekitar Sungai Petani, Kepala Batas, Jitra, Bukit Kayu Hitam dan Langkawi.

JIM memaklumkan kesemua yang ditahan berumur antara 18 hingga 59 tahun, disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Dalam operasi sama, sebanyak enam Saman Kepada Saksi (Borang Imm.29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Belantik di Sik dan Depot Imigresen Langkawi untuk proses dokumentasi, siasatan dan tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register