combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JIM Kedah Tahan 34 Pendatang Tanpa Izin
Kredit JIM Kedah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 34 pendatang tanpa izin menerusi operasi di sekitar daerah Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu selama dua hari berakhir hari ini.
JIM Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka terdiri daripada 24 lelaki, lapan wanita dan dua kanak-kanak berusia antara lima hingga 48 tahun.
"Daripada jumlah itu, 28 merupakan warga Myanmar, tiga Indonesia, dua Pakistan dan seorang Bangladesh.
“Kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," menurut kenyataan itu.
JIM Kedah memaklumkan pemeriksaan dijalankan di enam premis antaranya rumah penempatan pekerja, tapak pembinaan, premis makanan dan kedai gunting rambut menerusi Ops Selera, Ops Dandan dan Ops Sapu.
“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik, Sik untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut sebelum tindakan sewajarnya diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.