BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Kedah Tahan 91 Pendatang Tanpa Izin Di Kulim, Alor Setar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JIM Kedah Tahan 91 Pendatang Tanpa Izin Di Kulim, Alor Setar​

67a9b7cae13b4ccf19e62c03833e92cc6a05966488137

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 91 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kulim dan Kota Setar, semalam.

JIM Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka ditahan dalam pelaksanaan Ops Sapu, Ops Kutip dan Ops Selera di tiga premis serta lokasi yang dikenal pasti melalui risikan dan maklumat awam.

“Mereka berusia 15 hingga 57 tahun terdiri daripada 72 Bangladesh, Thailand (10), China (tiga), Pakistan (empat) dan Indonesia (dua).

“Pelbagai kesalahan dikesan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas atau permit yang dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

JIM Kedah memaklumkan turut mengeluarkan saman kepada saksi bagi membantu siasatan lanjut.

Semua pendatang tanpa izin itu dihantar ke Depot Imigresen Belantik di Sik untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.

JIM memaklumkan operasi seperti itu akan terus dipergiat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen disaran menyalurkan maklumat bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

 
Back
Top
Log in Register