BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Sapu: Imigresen Kedah Tahan 129 Pendatang Tanpa Izin Di Tapak Pembinaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Ops Sapu: Imigresen Kedah Tahan 129 Pendatang Tanpa Izin Di Tapak Pembinaan​

3be4470aaa09a81d7cb85963803942436a6acc5ed3b84

Kredit: Jabatan Imigresen (JIM) Kedah

Jabatan Imigresen (JIM) Kedah menahan 129 pendatang tanpa izin dalam Ops Sapu di sebuah tapak pembinaan bangunan perniagaan di sini, semalam.

JIM Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi bermula pada 10 pagi dan kesemua warga asing itu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Antara kesalahan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan melanggar syarat pas yang dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang ditahan termasuk empat wanita terdiri daripada 100 warga Bangladesh, Pakistan (11 orang), Indonesia (10 orang) dan Myanmar (lapan orang) yang berusia 21 hingga 62 tahun.

Jabatan itu memaklumkan sebahagian warga asing tersebut bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa selain cuba bersembunyi di kawasan tapak pembinaan bagi mengelak daripada ditahan.

“Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bertugas berjaya mengawal keadaan dan menahan kesemua individu terbabit dengan mengutamakan aspek keselamatan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Kesemua warga asing itu dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk dokumentasi, siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen.

JIM Kedah mengingatkan majikan supaya tidak menggaji, melindungi atau membenarkan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah bekerja dengan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau majikan yang didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register