BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Pulau Pinang Tahan 53 Pendatang Tanpa Izin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JIM Pulau Pinang Tahan 53 Pendatang Tanpa Izin​

1e2481dce72960af93df8f79abc459ab6a4f9bb474df0

fb JIM Pulau Pinang

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi di beberapa lokasi termasuk di kawasan tumpuan warga asing di sini pada Selasa.

JIM Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan warga asing yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan 32 wanita termasuk empat kanak-kanak, berusia lima hingga 45 tahun.

Menurut jabatan itu, sebanyak 45 individu terdiri daripada 32 rakyat Indonesia, 11 warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Pakistan dan India ditahan dalam Ops Kutip di sekitar kawasan perumahan dan sebuah pusat beli-belah di Bandar Perai Jaya di sini.

“Sementara itu, sebanyak lapan wanita warga Indonesia ditahan dalam Ops Sapu di Jalan Masjid Negeri, George Town," menurut hantaran itu.

JIM Pulau Pinang memaklumkan pihaknya akan meneruskan operasi dalam usaha membanteras kehadiran warga asing tanpa izin dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register