combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JIM Tahan 17 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Suami Isteri Tawar Perkhidmatan Wanita
--kredit JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 17 pendatang tanpa izin termasuk sepasang suami isteri warga Indonesia yang disyaki menawarkan perkhidmatan wanita kepada pelanggan, dalam Ops Gegar di sekitar Fraser Business Park, Pudu, awal pagi semalam.
JIM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan operasi yang dijalankan di dua premis hiburan itu bermula pada 4 pagi melibatkan pemeriksaan terhadap 203 individu yang terdiri daripada warga tempatan dan asing.
“Pemeriksaan mendapati 17 warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan tujuh wanita warganegara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik seorang daripada pendatang tanpa izin yang ditahan menemukan rekod perbualan, transaksi serta katalog yang dipercayai digunakan untuk menawarkan perkhidmatan wanita kepada pelanggan,” menurut hantaran itu.
JIM memaklumkan operasi penguatkuasaan yang dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama dua minggu itu melibatkan 40 pegawainya dengan bantuan 10 pegawai daripada agensi sahabat.
Dalam operasi sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut merampas beberapa jenis minuman keras pelbagai jenama bernilai RM11,420.31 dengan anggaran cukai sebanyak RM26,380.31.
“Semua warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut,” menurut hantaran itu.