BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Tahan 30,801 Warga Asing Atas Kesalahan Imigresen Setakat 31 Mei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JIM Tahan 30,801 Warga Asing Atas Kesalahan Imigresen Setakat 31 Mei​

c7e96c76031faacfb589ea0160d4780a6a258e2ba37df

4ccad23aa3cdf897b44983984f4b338569d7078664d93

7947d2fedfb98bde861a502789c1bdad68d4c34dc5518

Warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di sekitar ibu kota.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 30,801 warga asing atas pelbagai kesalahan setakat 31 Mei lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,324 individu dikesan menyalahgunakan pas yang diberi, termasuk terlibat dalam aktiviti yang tidak selaras dengan tujuan asal kemasukan mereka ke Malaysia.

Beliau berkata selaras dengan penegasan kerajaan, pihaknya memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang melanggar syarat pas serta menjalankan aktiviti pekerjaan atau perniagaan tanpa kebenaran yang sah di negara ini.

"JIM akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan serta memperkukuh kerjasama strategik dengan kementerian, agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan setiap pelanggaran undang-undang dapat ditangani secara lebih berkesan dan menyeluruh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata antara langkah yang diambil termasuklah penubuhan Inspektorat Penguatkuasaan, pelaksanaan operasi bersasar di lokasi tumpuan, tindakan tegas terhadap majikan yang melanggar peraturan imigresen serta pengukuhan operasi bersepadu bersama dengan agensi penguat kuasa berkaitan.

Beliau berkata JIM turut menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan yang memberikan penekanan kepada tindakan terhadap warga asing dan majikan yang melakukan kesalahan imigresen sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pematuhan undang-undang negara.

"JIM kekal komited memastikan kemudahan imigresen yang diberi digunakan mengikut tujuan yang dibenarkan serta menyokong usaha kerajaan dalam memelihara ketenteraman awam, integriti sistem imigresen dan persekitaran ekonomi yang adil kepada semua pihak," katanya.

 
Back
Top
Log in Register