BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPS Tahan 14 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di BSI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e552f37cd4c8e6e9b0887464fabdd8f468848917640ac


Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menahan 14 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen, semalam.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap individu yang dikesan memasuki kawasan BSI tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

Daripada jumlah itu, 11 daripada mereka ialah warga Indonesia, dua rakyat Singapura dan seorang warga Mesir.

"Turut ditahan tiga warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pemandu kepada pendatang tanpa izin berkenaan. Empat kenderaan turut disita di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63 dalam operasi sama," menurut AKPS.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55E akta berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register