BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilham Centre ramal BN-PN menang PRN N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Ilham Centre ramal BN-PN menang PRN N Sembilan​

f0b417b8-aminuddin-harun-loke-siew-fook-mohamad-hasan-tok-mat-jalaluddin-alias-tile-pic-180726...jpg

Aminuddin Harun daripada PKR, Loke Siew Fook daripada DAP, Mohamad Hasan daripada Umno serta Jalaluddin Alias adalah antara tokoh terkenal bertanding PRN Negeri Sembilan.

Keputusan itu akan membolehkan dua gabungan berkenaan memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan negeri baharu, walaupun masih belum mencapai majoriti dua pertiga, 24 kerusi.

Dalam pada itu, Ilham Centre unjur Pakatan Harapan (PH) sekadar menang sembilan kerusi, manakala lima kerusi lagi disifatkan terlalu sengit untuk diramal, termasuk kerusi Chennah dan Linggi yang menyaksikan persaingan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Menteri Besar Aminuddin Harun.

Tiga lagi kerusi iaitu Nilai, Repah, dan Temiang, yang semuanya disandang DAP, sejak 2008. Semua lima kerusi itu ditandingi BN.

“Kerusi-kerusi ini memperlihatkan persaingan yang sangat dinamik dari segi demografi, sentimen tempatan serta pertembungan personaliti calon.

“Sekiranya, BN berjaya menawan beberapa kerusi ini, BN-PN berupaya melepasi majoriti dua pertiga majoriti dalam DUN,” katanya dalam kenyataan.

Kombinasi BN-PN satukan undi Melayu-Islam

Ilham Centre berkata, persefahaman BN-PN kelihatan berjaya mengukuhkan sokongan masyarakat Melayu-Islam, dengan jangkaan gelombang sokongan yang ‘lebih tersusun dan efisien’.

BN dan PN masing-masing dipimpin Umno dan PAS, dua parti Melayu-Islam terbesar.

Badan pemikir itu menjangkakan BN-PN akan menerima gelombang sokongan Melayu lebih besar, berbanding dukungan diperoleh BN pada PRN Johor pada 11 Julai, sebahagian besarnya berpunca daripada penggunaan politik identiti sepanjang berkempen.

“Gelombang ini bukan sekadar lahir daripada kerjasama kepimpinan parti, sebaliknya diperkukuhkan oleh naratif bersama yang dibawa sepanjang kempen.

“Isu penyatuan undi Melayu, kestabilan politik, dan keperluan menghalang kemenangan PH menjadi tema yang diulang secara konsisten sehingga berjaya mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu, termasuk pengundi atas pagar.

“Kesan langsung daripada perkembangan ini ialah BN berjaya mengukuhkan penguasaan di hampir semua kubu tradisinya, manakala PN memperoleh manfaat berganda di kawasan yang ditandingi mereka melalui limpahan undi penyokong BN.”

Ilham Centre berkata, pemindahan undi daripada penyokong PN kepada BN dilihat sangat berkesan, iaitu kira-kira 92%, manakala pemindahan undi daripada penyokong BN kepada PN tidak begitu kukuh, 75%.

Ilham Centre berkata, perkara itu menunjukkan sebahagian penyokong tradisi BN masih dalam proses menyesuaikan diri dengan PN, terutamanya di kawasan yang sebelum ini menyaksikan persaingan sengit antara dua gabungan berkenaan.

“Namun demikian, jurang perpindahan undi tersebut tidak menjejaskan objektif utama kerjasama berkenaan. Keadaan ini turut membentuk persepsi bahawa keutamaan mempertahankan dominasi politik Melayu-Islam mengatasi pertimbangan sentimen kepartian yang wujud sebelum ini.”

Ilham Centre berkata, PH diramal meraih 18% sokongan pengundi Melayu, sekali gus meletakkannya dalam defisit yang ketara berbanding BN-PN.

“PH terus berdepan kesukaran untuk memecahkan blok sokongan Melayu yang semakin tersusun dan bersatu di bawah naratif politik identiti.”
 
moga kemenangan besar di N9..rakyat dha penat tiap2 bulan asyik PRU..suruh bubar parlimen serentak..xnak...
 
We already know that this day will come sooner or later, dont we.

For nons it's the time to think of migration. If you dont have the means to migrate at least start to buy foreign currency to hedge against the inevitable downfall of MYR after the religious extremists took over.

It's over guys. This will be PH's first and last term in federal.
 
Aku x rasa Ayatullah Mullah TGHH ada telur utk buat apa yg dia ucap eg Negara Hidayah, Cukai berkonsep Zakat, hak kerakyatan ikut agama, dll. Semua tu cuma sembang temberang perguna agama saja, x lebih dari tu.

Andai BN-PN bentuk kerajaan, for sure BN yg akan mencorak negara ini, kekal jibayah, even better mungkin GST akan diperkenalkan semula.
 
We already know that this day will come sooner or later, dont we.

For nons it's the time to think of migration. If you dont have the means to migrate at least start to buy foreign currency to hedge against the inevitable downfall of MYR after the religious extremists took over.

It's over guys. This will be PH's first and last term in federal.

negara nak banktrup
 
negara nak banktrup
Takdelah......ekonomi negara masih stabil la.

Kalau negara nak bankrup akan ada tanda-tandanya.....inflation meroket pastu kerajaan tak boleh control, matawang jatuh, FDI tak masuk, GDP menguncup, unemployment rate tinggi, budget defisit setiap tahun dan beberapa tanda lagi.
 
Ilham centre saja bakar line
Ilham centre pro piji
PH masih menang cuma majoriti berkurang
Menang dgn majoriti senipis kulit bawang
 
We already know that this day will come sooner or later, dont we.

For nons it's the time to think of migration. If you dont have the means to migrate at least start to buy foreign currency to hedge against the inevitable downfall of MYR after the religious extremists took over.

It's over guys. This will be PH's first and last term in federal.
Nope....nons already equal to the native since the government recognized them as Malaysia citizen and they allowed involves in politics through democracy system.

But, most of nons politicians plays with the race issue to appear as the race bigot champion in front of folk subsequently reap the ballot paper on their side to earn power.

Cheap marketing. Shame on them.
 
But for PAS, Kafir are second-class citizens known as Ahluz-Zimmah. Their rights in this country are not the same as those of Muslims. PAS will introduce jizyah and kharaj to be imposed on the Ahluz-Zimmah, definitely.
 
We already know that this day will come sooner or later, dont we.

For nons it's the time to think of migration. If you dont have the means to migrate at least start to buy foreign currency to hedge against the inevitable downfall of MYR after the religious extremists took over.

It's over guys. This will be PH's first and last term in federal.
Sudah lah kau bang timmi tetiba je berlakon jadi cina DAP.
 
Back
Top
Log in Register