BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harmonikan penerimaan sebelum jenamakan kerjasama BN-PN, kata pemimpin Umno

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Harmonikan penerimaan sebelum jenamakan kerjasama BN-PN, kata pemimpin Umno​

a2d42bf9-mohamad-fadil-md-zin-dan-hamzah-zainudin.jpg

Mohamad Fadil Md Zin berkata pihaknya menghormati cadangan Hamzah Zainudin untuk menjenamakan kerjasama PN-BN kepada Perikatan Barisan Nasional.

Ketua Pemudanya Mohamad Fadil Md Zin berkata cadangan menamakan kerjasama itu sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) wajar dibincangkan secara teliti bersama pimpinan tertinggi BN dan semua parti komponennya.

Beliau berkata pihaknya menghormati cadangan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin yang dibuat berasaskan persefahaman antara BN dan PN dalam PRN Negeri Sembilan.

“Namun, perkara ini perlu dibawa ke peringkat pimpinan tertinggi BN, termasuk pimpinan parti komponen, bagi mengharmonikan penerimaan semua pihak terhadap kerjasama ini,” katanya kepada FMT.

Fadil mengulas cadangan Hamzah supaya kerjasama PN dan BN dinamakan PBN bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan.

Hamzah dilaporkan berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

BN dan PN, tanpa penyertaan Bersatu, membentuk persefahaman untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Menerusi persefahaman itu, kedua-dua gabungan tidak bertembung di semua 36 kerusi DUN.

BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN, termasuk PAS, Wawasan, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), meletakkan calon di 11 kerusi.

Kerjasama itu berdepan Pakatan Harapan (PH), yang bertanding di semua kerusi, selain Bersatu yang meletakkan calon di 24 kawasan.

Sementara itu, Ketua Umno Tampin Mohd Isam Mohd Isa berkata cadangan Hamzah itu sekadar pandangan yang dilontarkan ketika berkempen dan belum boleh dianggap sebagai keputusan rasmi.

Katanya, persefahaman antara BN dan PN masih baharu kerana dibentuk khusus untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“Jika semua perkara dapat dipersetujui bersama, tidak mustahil penyatuan itu boleh berlaku,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register