BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi anggap kerjasama BN-PN hanya libat PAS dan Umno, kata Puad

afwan83

Active+ Member
Messages
3,218
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,218
Reaction score
12
Points
25

Sanusi anggap kerjasama BN-PN hanya libat PAS dan Umno, kata Puad​

842547a1-4c24-489f-828b-0d6d19eefa65-puad-zarkashi-n-sanusi-md-nor-collage-250726.jpg

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kenyataan Sanusi Nor mencerminkan pandangannya bahawa kerjasama BN-PN hanya melibatkan PAS dan Umno.

Puad berkata, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN sememangnya dikenali sebagai seseorang yang ‘suka terlajak cakap’.

“Sebab Sanusi melihat kerjasama itu hanya dari sudut Umno dan PAS sahaja. Pada PAS, penyatuan ummah adalah keutamaan. MCA, MIC, MIPP dan Gerakan hanya penumpang.”

Puad berkata kenyataan Sanusi telah menjejaskan Umno dan beliau menyokong gesaan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya menteri besar Kedah itu memberi tumpuan kepada pentadbiran negerinya.

“Tetapi masalahnya di Kedah, Sanusi tidak banyak kerja. Negeri tidak ada pertumbuhan,” kata Puad.

Dalam satu ceramah pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata ‘Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.’

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin DAP serta Presiden MIC SA Vigneswaran yang menggesa BN mengkaji semula kerjasama pilihan rayanya dengan PN bagi PRN Negeri Sembilan.

Sanusi kemudian mendakwa kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
 
“Sebab Sanusi melihat kerjasama itu hanya dari sudut Umno dan PAS sahaja. Pada PAS, penyatuan ummah adalah keutamaan. MCA, MIC, MIPP dan Gerakan hanya penumpang.”
 
Itulah hakikatnya, dari POV pihak kepimpinan PAS kini, bukan muslim adalah Zimmi (dan segelintir mcm DAPig dikira Harbi) yg dianggap pendatang yg berlindung dan cari keselamatan dlm negara Islam.

Jadi mereka hanya penumpang, dan warganegara kelas kedua.

Inilah yg hakikat yg kalau ada pihak cuba terang dan perjelaskankan, Ayatullah Mullah TGHH chop pihak tersebut sbg sebarkan ISLAMOPHOBIA.
 
Back
Top
Log in Register