BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH resah lihat kerjasama BN-PN, kata pemimpin Umno

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

PH resah lihat kerjasama BN-PN, kata pemimpin Umno​

bd008c91-33c6-47d6-b51e-d43f66baa499-Ahli-MKT-Umno-Razlan-Rafii-bernama-240726.jpg

Ahli MKT Umno Razlan Rafii kata rakyat sudah buat keputusan untuk beri undi kepada BN sebelum DUN bubar. (Gambar Bernama)

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa keresahan tersebut berlatarkan kekecewaan dalam kalangan pengundi Cina, terutama terhadap DAP, serta trend pilihan raya di Sabah dan Johor.

“Penyokong mereka nampak dengan jelas tiada lagi suara memperjuangkan nasib mereka,” dakwanya kepada FMT.

“Karam PH dan DAP di Sabah, karam di Johor dan akan datang di Negeri Sembilan. Rakyat sudah membuat keputusan sebelum pembubaran lagi untuk memberi undi kepada BN.”

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, percaya PH berdepan gelombang penolakan. “Pengalaman pahit yang dihadapi oleh PH khususnya DAP di Sabah, Johor akan diulang di Negeri Sembilan.”

PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11, dan bertembung dengan Pakatan Harapan di semua 36 kerusi.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP Hannah Yeoh berkata kerjasama BN-PN tidak memiliki nilai ‘politik persahabatan’ kerana setiap pihak lebih mementingkan cita-cita sendiri untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.

Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
 
Back
Top
Log in Register