BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arahan PN sokong BN tak goyah peluang PH, kata pemimpin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,222
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,222
Reaction score
12
Points
25

Arahan PN sokong BN tak goyah peluang PH, kata pemimpin​

6042061e-aminuddin-harun-fmt-200726.jpg

MK Ibrahim Abd Rahman berkata pengundi atas pagar akan ambil kira prestasi cemerlang kerajaan PH diterajui Aminuddin Harun.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan MK Ibrahim Abd Rahman berkata PH tidak goyah dengan arahan itu kerana percaya pengundi bijak menilai prestasi gabungan berkenaan sepanjang menerajui Negeri Sembilan sejak 2018.

Menurutnya, keadaan itu sekali gus menghalang hasrat BN dan PN untuk merampas tampuk pemerintahan Negeri Sembilan.

“Mungkin ahli dan penyokong (PN) akan ikut arahan itu tetapi pengundi Negeri Sembilan bijak dan akan undi ikut prestasi kerajaan serta calon dikemukakan PH.

“Jadi pengundi atas pagar ambil kira prestasi cemerlang kerajaan PH diterajui Menteri Besar Aminuddin Harun,” katanya kepada FMT.

Semalam, Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata semua ahli dan penyokongnya diarahkan mengundi calon BN di 25 kerusi pada PRN Negeri Sembilan.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan kerjasama BN dan PN dapat membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

Kerjasama itu menyaksikan PN bertanding di 11 kerusi dan Pengerusi BN Zahid Hamidi sebelum ini turut meminta ahli parti itu menyokong sekutunya di Negeri Sembilan.

PH pula bertanding di 36 kerusi.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP J Arul Kumar turut senada yang pengundi akan meneliti pencapaian PH yang lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini.

“Saya percaya rakyat akan menilai berdasarkan pencapaian kita.

“Kita akan berkempen secara sihat dan percaya dapat mengekalkan sokongan supaya PH dapat terus membentuk kerajaan negeri,” katanya.
 
ni ibarat coch Argentina nak lawan Spain gabung dengan France sebelum final bagi kato-kato semangat pado ank buah.

walaupun coach tu tau dah apo nak jadi lepas tu.
 
Back
Top
Log in Register