BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak pelik, pemimpin PKR beritahu PH jangan merungut kerjasama BN-PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tak pelik, pemimpin PKR beritahu PH jangan merungut kerjasama BN-PN​

b02ef55a-hassan-karim-fmt-300724-1.jpg

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata PH juga selepas PRU 2008 mengatur strategi bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat rakyat.

Wakil rakyat PKR itu berkata, jika BN boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas PH menumbangkan kerajaan BN pada PRU14, tiada sebab BN tidak boleh berpakat dengan PN untuk cuba merampas Negeri Sembilan daripada PH.

“Jadi, tak hairan. PH tidak boleh merungut dan mengeluh. PH juga selepas PRU 2008 mengatur strategi bawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat rakyat.

“Saya dah tua, saya menyaksikan itu semua walaupun saya seorang Ahli Parlimen PKR yang setia,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kritikan terhadap keputusan BN dan PN bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing meletakkan calon di 25 serta 11 kerusi daripada 36 DUN.

Angkatan Muda Harapan menggesa semua menteri dan timbalan menteri BN meletakkan jawatan daripada Kabinet susulan kerjasama terbuka parti itu dengan PN.

Gabungan sayap Pemuda PH itu mendakwa perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan terhadap komitmen sebenar BN dalam kerajaan perpaduan.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama itu sebagai medan menguji formula penyatuan Melayu dan Islam yang berpotensi menjadi asas jajaran politik baharu menjelang PRU16.

Katanya, kepimpinan menyeru pengundi memberikan sokongan kepada calon BN dan PN dengan menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai peluang untuk ‘membetulkan keadaan’ di peringkat negeri sebelum diterjemahkan pada skala nasional.

Sementara itu, Hassan berkata politik Malaysia sememangnya dipenuhi pakatan dan percaturan yang berubah mengikut keadaan.

“Hampir semua parti politik di Malaysia ada rekod mengkhianati antara satu sama lain. Politik itu bengkang-bengkok, yang lurus itu hanya dakwah sahaja.

“‘Core business’ parti politik ialah mendapatkan kuasa. Ahli politik yang jujur, lurus dan berprinsip tidak sesuai dalam ekosistem politik Malaysia yang seumpama sangkar singa,” katanya yang memetik kata-kata penulis Indonesia Pramoedya Ananta Toer dalam novel Rumah Kaca.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, berkata PRN Negeri Sembilan tidak sepatutnya dijadikan ‘makmal eksperimen politik’ untuk menguji formula penyatuan Melayu dan Islam.

Katanya, rakyat lebih memerlukan kerajaan berintegriti, mentadbir dengan baik dan menyelesaikan isu kos sara hidup berbanding retorik berasaskan sentimen.

“Sejak merdeka negara ini dipimpin orang Melayu dan majoriti pemimpinnya beragama Islam. Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam, institusi raja-raja Melayu serta hak Melayu dan Bumiputera terus terpelihara.

“Jadi, naratif konon Melayu dan Islam sedang kehilangan kuasa tidak berasaskan realiti sebenar,” kata wakil rakyat Amanah.

Azli berkata, rakyat berhak menilai sama ada kerjasama BN-PN menawarkan agenda jelas untuk memacu ekonomi, mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperbaiki pendidikan, mengukuhkan kesihatan awam dan mengurangkan kos sara hidup, atau sekadar percaturan politik menjelang pilihan raya.
 
Back
Top
Log in Register