BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PKR dakwa kerjasama BN-PN mahu cabar kepimpinan Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Pemuda PKR dakwa kerjasama BN-PN mahu cabar kepimpinan Anwar​

196a1835-kamil-munim-fmt-resize-140725-1.jpg

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata tiada sahabat dan lawan yang kekal dalam politik, apa yang kekal adalah kepentingan.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada menteri kewangan merangkap perdana menteri mendakwa, langkah itu dilihat sebagai usaha membina momentum politik untuk mencabar kepimpinan Anwar Ibrahim.

“(Pengerusi BN) Zahid Hamidi nak jadi perdana menteri berpakat dengan pembangkang untuk bina momentum jatuhkan Anwar. (Mereka) Memanipulasi isu kaum dan agama untuk raih sokongan melayu.

“Hakikatnya, modus operandi ini sama sepertimana Dr Mahathir Mohamad disingkirkan. Selepas itu, mereka pula akan bercakaran merebut kuasa,” katanya kepada FMT.

Kamil mengulas kerjasama BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing meletakkan calon di 25 serta 11 kerusi daripada 36 DUN.

Sebelum ini, Zahid menyifatkan kerjasama itu sebagai medan menguji formula penyatuan Melayu dan Islam yang berpotensi menjadi asas jajaran politik baharu menjelang PRU16.

Katanya, kepimpinan menyeru pengundi memberikan sokongan kepada calon BN dan PN dengan menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai peluang untuk ‘membetulkan keadaan’ di peringkat negeri sebelum diterjemahkan pada skala nasional.

Semalam, Angkatan Muda Harapan menggesa semua menteri dan timbalan menteri BN meletakkan jawatan daripada Kabinet susulan kerjasama terbuka parti itu dengan PN.

Gabungan sayap Pemuda PH itu mendakwa perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan terhadap komitmen sebenar BN dalam kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyifatkan kerjasama itu sesuatu yang normal dalam politik negara, justeru memberitahu PH supaya jangan merungut dan mengeluh.

Wakil rakyat PKR itu berkata, jika BN boleh bekerjasama dengan PH selepas gabungan tersebut menumbangkan kerajaan BN pada PRU14, tiada sebab BN tidak boleh berpakat dengan PN untuk cuba merampas Negeri Sembilan daripada PH.

Sementara itu, Kamil turut mendakwa perbezaan serta pertikaian dalam kalangan parti pembangkang sebelum ini, termasuk antara PAS dan Bersatu, menunjukkan hubungan politik mereka sering berubah mengikut kepentingan semasa.

“Tiada sahabat dan lawan yang kekal dalam politik. Apa yang kekal adalah kepentingan. Ternyata kepentingan berkuasa adalah keutamaan mereka. Mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register