combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Anwar Pilih Kestabilan, Mahu Kerjasama Dengan UMNOâBN Diteruskan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau memilih kestabilan politik dan kemakmuran rakyat, selain mahu kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan diteruskan.
Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata sebarang keputusan politik tidak wajar didorong oleh kepentingan pangkat, kedudukan atau kemarahan, sebaliknya mesti berlandaskan kepentingan rakyat dan negara.
“Dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, ada yang bertanya bagaimana hubungan dengan UMNO dan BN. Saya kata kita mesti fikir dan harus lebih waras, ada hikmah dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
“Kita pilih kestabilan, kemakmuran rakyat melalui pertumbuhan ekonomi dan pilih bekerjasama terus dengan UMNO–BN pada peringkat Persekutuan supaya dua prinsip ini diteruskan,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Anwar berkata pilihan berkenaan merupakan pendiriannya, manakala keputusan UMNO dan BN pula terserah kepada kepimpinan parti berkenaan.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberikan bayangan bahawa kerajaan dan partinya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya perkembangan politik memerlukan mereka membuat keputusan yang lebih tegas.
“Pilihan mereka, biar mereka jawab! Dan kita sebagai satu parti perjuangan, apa-apa pun kita bersedia. Kalau terpaksa langgar, kita terpaksa langgar,” kata beliau.
Pada masa sama, Anwar menekankan keperluan semua pihak menggunakan kebijaksanaan dan tidak mengambil langkah yang keterlaluan sehingga menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan.