BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manifesto BN Johor: 63 Tekad Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Manifesto BN Johor: 63 Tekad Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan​

fd75b034348804c75475136b27b829c26a3e4ec87ce75

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 menggariskan 63 tekad berteraskan enam Teras Maju Johor bagi mengekalkan kestabilan dan meneruskan momentum kemajuan negeri.

Manifesto bertemakan “Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan” itu dirangka berasaskan pengalaman mentadbir serta rekod pencapaian kerajaan negeri sepanjang empat tahun lepas.

Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kepercayaan yang diberikan Bangsa Johor kepada BN sebelum ini telah membolehkan pelbagai usaha pembangunan dan penambahbaikan dilaksanakan untuk rakyat.

“Syukur Alhamdulillah. Empat tahun lalu, Bangsa Johor memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk memimpin negeri ini. Dalam tempoh itu, banyak yang telah kita usahakan dan capai bersama.

“Berbekalkan pengalaman serta rekod pencapaian tersebut, saya memperkenalkan Manifesto Barisan Nasional Johor yang menggariskan 63 tekad berteraskan enam Teras Maju Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Onn Hafiz berkata enam teras berkenaan merangkumi tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan dan keperluan asas, keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar serta pembangunan Orang Muda Johor.

Daripada keseluruhan 63 tekad itu, BN Johor mengetengahkan 11 inisiatif yang menarik dan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, merangkumi kebajikan, perumahan, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.

Antaranya ialah memperkukuh Bantuan Kasih Johor secara bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan melalui kaedah penyasaran yang lebih berkesan.

Selain itu, katanya, BN Johor turut menawarkan Skim Bayaran Deposit Sewaan Rumah Orang Muda Johor untuk membantu golongan di bawah 35 tahun yang berdepan kesukaran menyediakan kos awal untuk menyewa kediaman.

 
Back
Top
Log in Register