BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid Nafi Ada Masalah Dengan Anwar, BN Komited Pastikan Kestabilan Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Zahid Nafi Ada Masalah Dengan Anwar, BN Komited Pastikan Kestabilan Negara​

30d768d02e8f5546264f88c44db63f346a9cf4f6ecb9c

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity hari ini.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan wujud perselisihan atau masalah antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal.

Beliau berkata tiada sebarang masalah sama ada secara peribadi mahupun rasmi antara beliau dengan Anwar, termasuk ketika menghadiri mesyuarat Kabinet serta majlis dan acara rasmi kerajaan.

“Saya tidak ada sebarang masalah sama ada dari segi peribadi atau secara rasmi. Yang penting bagi Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah daripada komponen dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia ialah kestabilan politik di negara ini sehingga akhir penggal.

“Kami melakukan proses membuat keputusan dan juga mencapai keputusan secara profesional,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bloomberg sebelum ini bahawa hubungan antara Anwar dengan Ahmad Zahid dikhabarkan semakin tegang sehingga menyebabkan mesyuarat Kabinet kebelakangan ini berlangsung lebih singkat berbanding biasa.

Laporan itu menyebut bahawa ketegangan berkenaan berpunca daripada tindakan Ahmad Zahid yang memutuskan BN menentang PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pengerusi BN itu juga berkata komitmen BN untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh selaras dengan resolusi Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau berkata kestabilan politik amat penting bagi memastikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia terus terpelihara selain menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita tahu bahawa resolusi Perhimpunan Agung UMNO telah menetapkan bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia ini sehingga tamat tempoh.

 
Wak Zahid tak nk kerjasama PRN, PH sekat peruntukan kementerian. Hubungan baik tu wak zahid perli kat PH sbnrnya tu bahasa org tua-tua. 😁Ytjt
 
Kalau tak mampu paksa PMX bubar parlimen nampaknya UMNO akan stay sampai penghujung penggal utk elakkan kementerian/agensi yg ada akses kpd majoriti melayu spt KKDW, MINDEF & MARA tak jatuh ke tangan PH. Pemuda PKR dah tak sabar nak takeover MARA dari acap tu :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register