BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid tepis dakwaan hubungan dengan Anwar makin tegang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Zahid tepis dakwaan hubungan dengan Anwar makin tegang​

86679a26-anwar-ibrahim-cabinet-meeting-fb-resize-071225-1.jpg

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi (dua dari kiri) bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dalam mesyuarat Jemaah Menteri. (Gambar Facebook)

Zahid mengulas laporan Bloomberg memetik sumber sebagai berkata, hubungan beliau dan Anwar semakin tegang menyebabkan mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini terpaksa ditamatkan lebih awal.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, hubungannya dengan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook juga sangat baik.

“Mesyuarat habis seperti biasa, iaitu 1 tengah hari, tidak seperti yang dilaporkan.

“Saya duduk sebelah dia lah (Anwar), sebelah kanan perdana menteri. Kemudian di sebelah saya juga Loke, menteri pengangkutan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Bloomberg melaporkan ketegangan antara Anwar dan timbalannya itu berpunca daripada keputusan Barisan Nasional bertanding menentang Pakatan Harapan dalam PRN Johor serta Negeri Sembilan.

Laporan itu turut mendakwa keadaan diburukkan lagi dengan tekanan daripada DAP untuk pembaharuan institusi dilaksanakan menjelang akhir tahun ini dan Anwar memerlukan sokongan BN bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan Perlembagaan.

Tetapi, Zahid berkata, BN akan terus berpegang kepada janjinya untuk kekal dalam kerajaan perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran semasa.

“Umno ini parti yang memegang janji, janji kita adalah berada dalam kerajaan perpaduan sehingga akhir penggal.

“Keputusan itu dibuat sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Yang penting kita berada dalam kerajaan sebab itulah resolusi yang telah diterima sebulat suara oleh perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno terdahulu.”

Bulan lalu, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kepercayaan Anwar dan Zahid di tahap terendah susulan keputusan BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalam PRN Negeri Sembilan.

Anwar menepis dakwaan itu dengan berkata, Khairy hanya menyuarakan “pandangan peribadinya”.
 
Back
Top
Log in Register