BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin tepis dakwaan Bersatu akan disingkir dari PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,227
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,227
Reaction score
12
Points
25

Muhyiddin tepis dakwaan Bersatu akan disingkir dari PN​

aee5c436-7989-484e-ba9d-3f129be04a56-perikatan-nasional-bersatu-tile-pic-250726.jpg

Bersatu bertanding atas lambang sendiri ketika PN menjalin persefahaman dengan Barisan Nasional.

Beliau mengulas suatu laporan mendakwa Bersatu berkemungkinan bakal disingkirkan daripada PN, kerana bertanding menentang calon PN pada PRN Negeri Sembilan.

Laporan itu memetik Pengarah Pilihan Raya Parti Wawasan Negara, Badrul Hisham Shaharin sebagai berkata tindakan Bersatu meletakkan calon di beberapa kerusi yang turut ditandingi calon PN menunjukkan Bersatu tidak lagi berfungsi sebagai sebahagian daripada PN.

Muhyiddin bagaimanapun mempersoalkan kedudukan Badrul dalam PN. “Dia ahli majlis pimpinan PN ke? Saya tanya balik, jawapannya bukan,” katanya lapor Sinar Harian.

Muhyiddin kata pemecatan mana-mana parti mesti ada konsensus daripada semua anggota gabungan.

“Kalau satu anggota sahaja tidak bersetuju, keputusan itu tidak boleh dibuat,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Bersatu akan mendapatkan pandangan peguam bagi meneliti kedudukan Bersatu dalam PN.

“Kita tidak akan ambil tindakan sehingga ada asas yang benar-benar kukuh, misalnya jika ada pihak menafikan hak kita dalam pembahagian kerusi atau perkara berkaitan,” katanya.

Bersatu dan PAS masih menganggotai PN walaupun kerjasama politik antara mereka terhenti.

Bersatu mengumumkan 24 calon sempena PRN Negeri Sembilan, bertembung dengan PAS di empat kerusi, dan Wawasan juga di empat kerusi.

PN bertanding di 11 kerusi susulan persefahaman dengan BN, yang bertanding di 25 kerusi.
 
Back
Top
Log in Register