afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Hadi tepis dakwaan campur tangan keputusan PN
Presiden PAS Hadi Awang nafi guna kedudukan beliau dalam parti itu utnuk campur tangan dalam keputusan PN.
Menjawab pertanyaan pemberita, Hadi mengingatkan bahawa kepimpinan PN membuat keputusan secara musyawarah, walaupun beliau sering mengeluarkan pandangan.
“Tak betul (dakwaan campur tangan). Kita keputusan secara musyarawah,” katanya pada sidang media di tepian muktamar PAS ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, seusai majlis perasmian.
Tanpa menamakan mana-mana pihak, Hadi berkata PAS juga membolehkan ahli memberikan pandangan, berbeza dengan sesetengah parti yang “semua ‘yes’ belaka”.
Peranan Hadi dalam hala tuju Perikatan Nasional sering diperkatakan, terutama sejak tercetusnya perselisihan terbuka antara PAS dan Bersatu.
Sebelum ini, pengumuman Hadi pada 13 Jun lalu bahawa PAS bersetuju mengekalkan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai ketua pembangkang mengundang kritikan Bersatu.
Mengulas perkembangan lain, Hadi menguumkan rundingan dengan Barisan Nasional bagi menghadapi PRN Melaka masih berjalan.
“Rundingan telah dimulakan, tapi belum ditamatkan,” katanya.
Ditanya jika PAS mempunyai calon perdana menteri untuk ditawarkan dalam usaha memimpin agenda penyatuan ummah, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan apabila tiba masanya.
“Belum tiba masanya. Kita belum tahu lagi kerusi siapa banyak, siapa sedikit,” katanya.
Dalam pada itu, Hadi mengesahkan PAS aklan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Wakil tersebut akan ditentukan kemudian, katanya.
