BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama BN-PN bukan permainan politik, kata Hadi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Kerjasama BN-PN bukan permainan politik, kata Hadi​

7d2bdab6-13_hadi_awang_crowd_perikatan_nasional_barisan_pn_bn_jempol_moganraj_fmt_18072026-cop...jpg

Hadi Awang pada Sabtu menyifatkan kerjasama PN dan BN pada PRN Negeri Sembilan ‘lebih daripada berkahwin’.

Hadi berkata pihak yang melihat kerjasama dua parti itu tanpa Bersatu sebagai percaturan politik semata-mata tidak memahami tuntutan agama berkaitan perpaduan umat.

Beliau turut menggunakan istilah ‘jahil murakab’ terhadap pengkritik kerjasama itu dan mendakwa pandangan mereka boleh membawa kepada kefahaman agama yang salah.

“Kerjasama PN dan BN dianggap permainan politik seperti ditasawurkan oleh kalangan yang masih berpenyakit jahil murakab dan tidak memahami agama sendiri,” katanya dalam tulisan Minda Presiden.

BN dan PN tanpa Bersatu membentuk persefahaman pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos menyaksikan tiada pertembungan antara satu sama lain di 36 kerusi.

BN akan bertanding 25 kerusi manakala parti komponen PN seperti PAS, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Gerakan dan MIPP meletakkan calon di 11 DUN.

Hadi pada Sabtu menyifatkan kerjasama PN dan BN pada pilihan raya itu ‘lebih daripada berkahwin’.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjasama rasmi antara PN-BN akan dimuktamadkan dan dinilai dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Hadi berkata Islam mewajibkan umatnya mengutamakan perpaduan kerana perbalahan boleh menyebabkan mereka kehilangan kekuatan dan gagal menghadapi cabaran.

Menurutnya, perpecahan boleh berlaku akibat fanatik terhadap kaum, negeri atau mazhab, selain kelemahan dalam memahami ajaran agama secara menyeluruh.

Ujarnya, penyatuan itu bukan hanya melibatkan orang Melayu-Islam, tetapi boleh merangkumi kerjasama dengan bukan Islam yang disifatkannya tidak ekstrem.

Hadi mengimbau yang PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan Umno, MCA dan MIC, selain membentuk pakatan bersama DAP dan PKR melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

“Namun PAS keluar kerana DAP terus menolak perjuangan negara Islam dan menolak pelaksanaan syariat di Kelantan dan Terengganu.

“Seterusnya, ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) melibatkan penyertaan Parti Amanah Negara, serpihan PAS atas alasan menyembunyikan Islam.

“PAS membatalkan kerjasama dengan PH yang berdominasikan DAP yang bergerak ke arah menguasai negara melalui pilihan raya bersama Melayu yang pragmatis dan oportunis,” katanya.
 
1784622089205.png

Masa tolak UMNO dan pilih Bersatu dulu pun dia guna dalil PENYATUAN UMMAH juga.

Begitulah Mullah Ayatullah Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
 
Back
Top
Log in Register