BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama PN-BN ‘lebih daripada kahwin’, kata Hadi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

Kerjasama PN-BN ‘lebih daripada kahwin’, kata Hadi​

2468116b-hadi-awang-asyraf-wajdi.jpg

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki memeluk Presiden PAS Hadi Awang ketika mengiringi calon bertanding di empat DUN bawah Parlimen Jempol.

Bagaimanapun, presiden PAS berkata kerjasama rasmi antara PN-BN akan dimuktamadkan dan dinilai dari semasa ke semasa.

“Kita dimaklumkan daripada awal (kerjasama PN-BN)…kita tidak gopoh (akan) melihat semasa ke semasa. Insya-Allah (tengok keputusan macam mana).

“Alhamdulillah, menunjukkan prestasi sangat baik. Semangatnya sangat baik khususnya kerjasama dengan BN yang penting kita pastikan kuasa Melayu, Islam memimpin di Negeri Sembilan.

“Kerjasama BN-PN lebih daripada kahwin, persahabatan persaudaraan (saling bekerjasama dalam kempen). Dia kempen tempat kita, kita kempen tempat dia,” katanya ketika ditemui di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol bagi proses penamaan calon DUN Serting, Palong, Jeram Padang dan Bahau.

Terdahulu, Hadi bersama beberapa pemimpin PN dan BN mengiringi calon bertanding di empat DUN bawah Parlimen Jempol itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama dan kesefahaman antara BN dan PN di Negeri Sembilan sekali gus membuka ruang dan peluang kepada kemenangan di semua DUN ditandingi gabungan tersebut.

“Pertama kita kempen secara berhemah…paling utama apa kita tawarkan pada rakyat Negeri Sembilan seperti di Johor kita nak tawarkan terbaik dan paling penting asas kestabilan itu apabila kita lihat kerjasama parti-parti menjadi teras Orang Melayu dan Islam.

“Kita juga harus mengakui realiti di Negeri Sembilan ini negeri pelbagai kaum dan agama.

“Paling utama asas kestabilan kita bina demi kemakmuran dan negeri, kesefahaman antara parti yang kita tidak bertanding dan tidak bertindih antara satu sama lain itu paling utama sekali,” katanya.

PRN Negeri Sembilan bakal menyaksikn pertembungan PH, Bersatu dan BN-PN.

PH akan bertanding di semua 36 DUN, sementara BN-PN masing-masing 25 dan 11 kerusi, sementara Bersatu yang menggunakan lambang sendiri mencuba nasib di 24 kerusi sekali gus bertembung sesama sendiri dengan sekutu dalam PN.
 
Back
Top
Log in Register