BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN dijangka teroka kerjasama selain PN di Melaka, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

BN dijangka teroka kerjasama selain PN di Melaka, kata penganalisis​

0e3a1f91-zahid-hamidi-hadi-awang-resize-bernamapic-150326.jpg

Zahid Hamidi dilihat masih membiarkan semua pihak, termasuk Presiden PAS Hadi Awang, tertanya-tanya sama ada BN akan kekal bersama PN atau memilih untuk mencari rakan kerjasama politik yang lain. (Gambar Bernama)

Sudah terdapat petunjuk bahawa satu pakatan baharu mungkin terbentuk sebaik kempen PRN Melaka bermula. Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka perlu mendapatkan mandat baharu selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Bagi Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, petunjuk paling jelas mengenai perubahan keutamaan BN ialah kenyataannya yang terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan politik lain.

Ini biarpun BN telah mencatat kejayaan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menerusi kerjasama dengan PN.

Sejurus selepas kemenangan BN di Negeri Sembilan, Pengerusinya Zahid Hamidi, berkata kerjasama dengan PN akan diteruskan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, beliau menegaskan BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka sebelum ini serta terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

Mengulas perkara itu, Presiden PAS Hadi Awang berkata rundingan awal antara kedua-dua pihak masih ‘berjalan’.

Azmi berkata perubahan pendirian BN itu mungkin berpunca daripada persaingan tuntutan dalam pembahagian kerusi.

Walaupun pengaruh PAS terhad di Melaka, Azmi menjangkakan parti itu tetap akan menuntut lebih tujuh kerusi berdasarkan rekodnya sebelum ini yang bertanding di lapan kerusi pada PRN 2021.

PN bertanding di kesemua 28 kerusi pada 2021 tetapi hanya memenangi dua, kedua-duanya menerusi Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi baki lima kerusi. Ketika itu, Bersatu dan PAS masih bekerjasama di bawah PN sebelum hubungan kedua-duanya retak.

Namun, PN berkemungkinan bergantung kepada hakikat bahawa gabungan itu memenangi tiga daripada enam kerusi Parlimen Melaka pada PRU lalu, manakala BN gagal memenangi sebarang kerusi. Terdapat 14 kerusi DUN dalam tiga kawasan Parlimen berkenaan.

Azmi berkata bagi BN, kerjasama dengan PH di Melaka kini mungkin lebih mudah diterima.

“Dengan sokongan BN, PH mungkin boleh memenangi lebih daripada lima kerusi yang dimilikinya sekarang,” katanya kepada FMT.

BN secara tradisinya dominan di Melaka, namun pernah kehilangan negeri itu buat sementara waktu apabila PH memenangi 15 daripada 28 kerusi pada PRN 2018, meninggalkan BN dengan hanya 13 kerusi. BN merampas semula pentadbiran negeri pada PRN 2021.

Ironinya, PAS dan PKR, yang menjadi tonggak gabungan masing-masing, gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN 2021.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali, berkata situasi politik semasa di Melaka mungkin mendorong BN mempertimbangkan strategi berbeza.

Katanya, BN mungkin melihat kerjasama dengan PN seperti yang dilakukan di Johor dan Negeri Sembilan tidak semestinya sesuai di Melaka.

Beliau berkata PN juga mungkin mahu bertanding di lebih banyak kawasan luar bandar, menyebabkan Umno berpendapat kerjasama sedemikian tidak diperlukan.

Baru-baru ini, Zahid berkata Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh diberi kuasa untuk berunding dengan mana-mana parti bagi membentuk kerjasama.

Azmi turut mengingatkan supaya tidak membuat kesimpulan terlalu awal mengenai masa depan kerjasama BN-PN. Katanya, kesukaran mencapai persetujuan pembahagian kerusi di Melaka tidak bermakna BN akan memutuskan hubungan dengan PN sepenuhnya.

“PN masih boleh menjadi rakan pilihan raya yang bernilai di negeri seperti Perak dan Pahang,” katanya.

Pada PRN 2022, PN memenangi 26 daripada 59 kerusi di Perak dan 17 daripada 42 kerusi di Pahang. BN pula memenangi sembilan kerusi di Perak dan 17 di Pahang. Walaupun PN memperoleh lebih banyak kerusi, kedua-dua negeri kini ditadbir PH dan BN menerusi kerajaan perpaduan.

Mazlan juga tidak menolak kemungkinan BN dan PN meneruskan kerjasama di Melaka. Bagaimanapun, katanya, sebarang perjanjian bergantung kepada manfaat pilihan raya yang dijangka diperoleh oleh setiap pihak.

“Saya fikir BN mungkin bekerjasama dengan PN di Melaka. Jika formula itu berjaya, ia akan diteruskan pada pilihan raya akan datang, tetapi ia juga bergantung kepada faktor seperti demografi dan kesesuaian,” katanya.

“BN juga mungkin bekerjasama dengan gabungan lain. Ini realiti politik hari ini, apabila kerjasama rentas parti akan menjadi kebiasaan,” katanya.
 
1787063700781.png


Akmal tak bertanding jika BN-PH bekerjasama di Melaka

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan dia tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang sekiranya kerjasama antara BN dan PH diteruskan.

Katanya, pendiriannya demi mempertahankan prinsip berbanding memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

“Kata Umno bermuka-muka. Kata Umno tikam kawan. Tapi Umno juga yang dicari.

“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



Akmal merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini yang menyebut Pakatan Harapan (PH) terbuka mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Katanya, perkara itu akan diputuskan selepas Ketua Menteri Melaka, Abd Rauf Yusoh pulang ke tanah air, esok.

d2211bb6d21bb4bd7e06801a0e4528eb.jpg
Saifuddin Nasution


"Abd Rauf ini sahabat lama saya dan kami selalu berhubung dan beliau kini dalam lawatan rasmi ke New Zealand. Tarikh beliau pulang ke tanah air termasuk delegasi yang ikut serta pun saya tahu.

"Kami sentiasa berhubung dan berbincang pelbagai perkara, selain akan singgah makan asam pedas Mak Leha di rumah beliau setiap kali saya ke Melaka.

"Oleh kerana PRN Melaka sudah hampir, kemungkinan kita akan bincang juga tajuk berkenaan. Kemungkinanlah, okey," katanya kepada wartawan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal turut menyuarakan hasrat dan keyakinannya untuk melihat peta politik di negeri Melaka kembali didominasi sepenuhnya oleh BN, mengikut jejak langkah pencapaian di negeri-negeri jiran.

"Insya-Allah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan," katanya lagi.

Keputusan tegas itu mencerminkan pendirian peribadinya yang lebih mementingkan prinsip perjuangan parti berbanding mempertahankan kedudukan sebagai anggota parlimen atau wakil rakyat di peringkat negeri.

Langkah dan penegasan ini dijangka memberi gema kepada dinamik hubungan politik antara parti dalam gabungan kerajaan serta hala tuju kerjasama BN pada masa hadapan.

 

TERKINI! PH Mahu Bersama BN, BN Mahu PH Ke? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST​

Dalam episod THE ZAID IBRAHIM PODCAST ini, Datuk Zaid Ibrahim mengupas politik Malaysia, termasuk strategi baru Pakatan Harapan untuk berdekat bersama Barisan Nasional bagi PRN Melaka akan datang, kemungkinan BN akan memilih PN berbanding PH bagi PRN itu,dan kemasukan semula bekas ahli PKR seperti Xavier Jayakumar yang dikira "kemas untuksimpan" bagi kes-kes SPRM beliau.

 
pengalisis mane plak nie

baruah dapig ke atau mainan media utk feed algo narrative
 
Back
Top
Log in Register